Skip to main content

Hiburan

“Saya Tak Pernah Lalui Pengalaman Seperti…” - Aina Abdul Terharu Terima Sokongan Rakan Selebriti & Peminat

“Saya Tak Pernah Lalui Pengalaman Seperti…” - Aina Abdul Terharu Terima Sokongan Rakan Selebriti & Peminat

Sekilas

  • Aina Abdul akui rasa tertekan dengan sokongan luar biasa daripada peminat dan rakan artis sepanjang penyertaannya di Eurovision Song Contest Asia 2026.
  • Walaupun tidak berjaya dalam kelompok tiga terbaik, Aina bersyukur dan berharap pencapaiannya dapat membanggakan rakyat Malaysia.
  • Aina turut terkejut apabila menerima ucapan semangat daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang pertandingan tersebut.
Advertisement

Penyanyi dan komposer, Aina Abdul mengakui takut menerima sokongan luar biasa daripada peminat dan rakan artis sepanjang penyertaannya dalam pertandingan Eurovision Song Contest Asia 2026.

Jelas Aina, lambakan ucapan semangat yang diterima membuatkan dia berasa seolah-olah ramai pihak meletakkan harapan tinggi terhadap pencapaiannya di pertandingan tersebut.

Advertisement

“Saya sebenarnya takut apabila melihat terlalu ramai yang memberikan sokongan kerana perkara itu secara tidak langsung menjadi tekanan buat saya.

“Sepanjang hidup, saya tidak pernah menerima sokongan sebegitu rupa. Ramai orang menulis ucapan ‘good luck’ kepada saya dan saya tidak pernah melalui pengalaman seperti itu sebelum ini.

“Jadi, saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyesuaikan diri dengan situasi berkenaan. Ia agak membebankan emosi saya kerana terasa seperti semua orang mengharapkan sesuatu daripada saya,” katanya kepada Gempak.

Advertisement

Bagaimanapun, pelantun lagu Terus Hidup itu menganggap setiap sokongan yang diterima sebagai doa ikhlas daripada rakan-rakan artis yang memahami cabaran menyertai pertandingan berprestij.

“Bagaimanapun, saya menganggap sokongan itu sebagai doa daripada rakan-rakan artis.

“Saya percaya mereka juga pernah melalui pengalaman seperti yang saya rasakan, terutama rakan artis senior yang pernah menyertai pertandingan seperti ini. Jadi, mereka tahu bagaimana perasaan saya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Aina turut berkongsi rasa terkejut apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar yang memberikan ucapan semangat menjelang pertandingan berkenaan.Ibrahim.

“Saya sendiri tertanya-tanya sama ada perkara itu benar-benar berlaku kerana tidak sangka beliau turut memberikan ucapan sokongan kepada saya. Saya terfikir, banyak lagi perkara yang perlu diberikan perhatian oleh beliau.

“Saya juga sedikit bimbang kerana peminat terlalu mendesak sehingga Perdana Menteri mungkin terpaksa menyampaikan ucapan itu. Namun, apa pun, terima kasih banyak-banyak atas sokongan diberikan,” katanya.

Mengulas mengenai pencapaiannya di Eurovision Song Contest Asia 2026, Aina tetap bersyukur meskipun tidak berjaya menduduki kelompok tiga terbaik.

Malah, penyanyi itu berharap keputusan yang diraih mampu membanggakan seluruh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberikan sokongan sepanjang pertandingan berlangsung.

“Saya berharap keputusan ini dapat membanggakan semua pihak.

“Walaupun mungkin kita tidak berjaya berada dalam kelompok tiga terbaik, kedudukan kita sebenarnya tidak jauh daripada kelompok itu, insya-Allah,” katanya.

Menerusi pertandingan yang julung kali diadakan di Asia itu, Aina berjaya mengumpul 152 markah sekali gus menduduki tangga keempat daripada 11 peserta yang bertanding.

Penyanyi Filipina, Carmelle muncul juara menerusi lagu Sobra-Sobra selepas meraih 211 markah, manakala wakil tuan rumah, duo MANG x DAOU berada di tempat kedua dengan 170 markah.

Penyanyi Vietnam, Tóc Tiên pula menduduki tempat ketiga selepas mengumpul 164 markah.

Terdahulu, Aina dipilih mewakili Malaysia menerusi pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-40 pada 15 Ogos lalu, sekali gus membuka peluang buat penyanyi itu membawa karya tempatan ke pentas antarabangsa.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement