Skip to main content

Selebriti

Amir Raja Lawak Tunjuk Perkembangan Positif - “Kena Perlahan-Lahan Latih Paru-Paru Kembali Aktif…”

Amir Raja Lawak Tunjuk Perkembangan Positif - “Kena Perlahan-Lahan Latih Paru-Paru Kembali Aktif…”

Sekilas

  • Pelawak Amir Raja Lawak kini dipindahkan ke wad biasa selepas menerima rawatan di ICU dan masih bergantung kepada bantuan oksigen serta pemantauan hospital.
  • Amir berkongsi bahawa proses pemulihan mengambil masa panjang kerana dia masih menghadapi kesukaran bernafas, bergerak, dan bercakap.
  • Dia memohon maaf kerana tidak dapat membalas semua komen dan mesej akibat keadaan kesihatannya yang belum pulih sepenuhnya.
Advertisement

Pelawak, Amir Raja Lawak memaklumkan keadaan kesihatannya semakin menunjukkan perkembangan positif apabila sudah dipindahkan ke wad biasa selepas menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) sebelum ini.

Menerusi perkongsian di media sosial, Amir berkata dia kini masih perlu berada di bawah pemantauan pihak hospital dan bergantung kepada bantuan oksigen.

Advertisement

Menurut Amir, ujian kesihatan yang dilaluinya kali ini bukan sesuatu yang mudah memandangkan dia masih berdepan kesukaran untuk bernafas, bergerak dan bercakap dalam tempoh yang lama.

“Ketika posting ni ditulis, alhamdulillah saya telah dipindahkan ke ward biasa (saya dah pegang handset sendiri sekarang kat sini).

“Saya masih dipantau dan pakai oksigen. Saya berterima kasih banyak-banyak kepada semua

Advertisement

“Apa yang boleh saya cakap dengan ujian Allah bagi ini, yang biasanya orang cakap sakit adalah untuk menghapuskan dosa kecil.

“Kalau hapuskan dosa kecil pun dah sesakit ini, bagaimana keadaan saya jika untuk untuk bersihkan dosa besar saya?

“Ya Allah, tak tertanggung sakit ini. Memang sakit Ya Allah. Dia macam serang sendi dan dalaman. Kadang saya masih blur, kadang termenung, kadang tak ingat,” kongsinya.

Tambah Amir, proses untuk kembali mendapatkan tahap kesihatan seperti sebelum ini masih memerlukan masa dan usaha yang panjang.

Jelasnya, dia perlu menjalani latihan secara perlahan-lahan bagi membantu paru-parunya kembali berfungsi seperti biasa tanpa memaksa tubuh melakukan aktiviti secara terburu-buru.

“Saya boleh katakan, nak dapat balik kondisi keadaan diri saya 50/50 macam hari tu pun struggle lagi sekarang.

“Masih struggle lagi, untuk bernafas sekalipun, apatah lagi nak bergerak, memang ambil masa. Bercakap banyak patah pun jadi terbatuk-batuk, jadinya saya banyak diam.

“Saya kena perlahan-perlahan untuk latih paru-paru kembali aktif macam sebelum ini, tak boleh buat dengan terburu-buru supaya paru-paru dapat blend dengan kondisi tubuh badan semasa saya,” jelasnya.

Dalam masa sama, Amir juga turut memohon maaf kerana tidak berkesempatan membalas setiap komen dan mesej yang diterima susulan keadaan kesihatannya yang masih belum pulih sepenuhnya.

“Saya scroll dan baca komen-komen awak semua, maaf ye saya tak balas, saya cuma baca je. Tulis posting ini pun, sejam lebih saya ambil masa.

“Yang cuba contact sebelum-sebelum ini kat inbox dan whatsapp pun saya dah cuba jawab satu persatu ikut saya larat,” maklumnya.

Terdahulu, adik Amir memaklumkan abangnya masih dirawat di ICU selepas 11 hari berada di unit berkenaan.

Perkembangan itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook yang memaklumkan Amir kini sedang berehat bagi memulihkan kesihatannya.

Anda mungkin berminat dengan

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement