Skip to main content

Viral

“Allah Saja Yang Tahu Betapa Sabarnya Awak Melayan Sakit Saya…” - Tun Laila

Tun Laila

Sekilas

  • Tun Laila berkongsi pengalaman menyentuh hati ketika menunaikan solat di Raudah menggunakan kerusi roda atas nasihat suaminya kerana masalah kesihatan.
  • Dia berterima kasih kepada suaminya yang sentiasa menjaga dan menjadi imam sepanjang perjalanan umrah mereka di Taif, Mekah, dan Madinah.
  • Perasaan dalam Raudah tahun ini berbeza dan lebih selesa berbanding tahun lepas, menyebabkan Tun Laila menitiskan air mata keluar dari Raudah.

Peguam dan juga pempengaruh terkenal Tun Laila berkongsi pengalaman indah ketika dia dapat menunaikan solat di Raudah.

 

Menerusi perkongsian di TikTok, Tun Lalila berkata dia bersyukur kerana mendengar kata suaminya untuk menggunakan kerusi roda memasuki Raudah disebabkan alami masalah kesihatan. 

 

“Allah sahajalah yang tahu betapa sabarnya awak melayan sakit saya. menggigil saya demam seusai masuk ke bumi Madinah, berkira-kira larat tak nak masuk ke Raudah.

 

“Sayang kata ‘pakai wheelchair nak?’… berat hati saya nak susahkan jemaah lain tapi Alhamdulillah, ada Kak Diya sudi tolakkan.

 

“Perasaan dalam Raudah tahun ini, berbeza dari tahun lepas. Tahun ni selesa dan luas untuk saya sebab saya dengar kata suami saya untuk pakai wheelchair.

 

“Keluar Raudah saya menangis, tak sangka umrah tahun lepas bapa pakai wheelchair, tahun ni saya pula,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Tun Laila juga mengucapkan terima kasih kepada suaminya yang menjaganya sepanjang mereka menunaikan ibadah umrah. 

 

“Tengok pemandangan Masjid Nabawi yang tenang, sejuk dan cantik, tahu saya tak boleh lama lama di situ. Terima kasih sebab pilih saya jadi isteri, terima kasih sudi jadi imam saya sepanjang saya tak larat turun ke masjid. 

 

“Terima kasih sebab jaga saya sepanjang perjalanan Umrah kita, dari Taif Mekah dan Madinah. Terima kasih untuk semua kebaikan sayang yang lepas, dan yang mendatang.

 

“Dan terima kasih sebab buat saya senyum walaupun saya tengah menangis. Semoga syurga tertinggi untuk sayang, suami saya,” katanya lagi. 

 

Sumber - TikTok

Must-Watch Video

Advertisement