Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Safura Manager Pertama Pilih Untuk Mute Mic AC Mizal - “Sebab Saya Nampak Macam…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Safura, pengurus Kim Khairii dalam Talk To My Manager 2, bertindak membisukan mikrofon juri tetap AC Mizal ketika dia memberi komen terhadap anaknya.
  • AC Mizal akur dengan tindakan tersebut dan hanya tersenyum sebelum persembahan diteruskan tanpa gangguan.
  • TTMM2 menampilkan pelbagai pasangan pengurus-artis terkenal dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.

Pengurus kepada bintang Talk To My Manager 2 (TTMM2), Kim Khairii iaitu Safura bertindak membisukan mikrofon (mute mic) juri tetap, AC Mizal daripada memberikan komen terhadap anaknya.

Ketika ditanya pengacara program, Datuk Aznil Hj Nawawi mengenai tindakannya itu, Safura kemudiannya terus menjawab:

“Sebab saya nampak Datuk AC macam tak puas hati sahaja,” ujarnya spontan.

AC selalu juri bagaimanapun akur dengan permintaan tersebut dan hanya tersenyum sebelum persembahan lain bersambung.

Untuk info, Safura menjadi ‘manager’ pertama yang berani ‘mute’ mikrofon pengkritik.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Datuk Seri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim, Datuk AC Mizal dan Jaclyn Victor selaku juri jemputan.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.
Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement