Skip to main content

Selebriti

Amir Ahnaf Pernah Simpan Hasrat Kahwin Muda, Rancang Nak 5 Orang Anak - “Saya Datang Dari Broken Family Tapi…”

ASTROGEMPAK Amir Ahnaf

Sekilas

  • Amir Ahnaf pernah bercita-cita untuk berkahwin muda dan membina keluarga yang sihat walaupun berasal dari keluarga yang bercerai.
  • Dia menjadikan rumahnya sebagai tempat berkumpul untuk adik-beradiknya terutama ketika cuti semester.
  • Amir mengakui dia seorang abang yang lembut dan tidak pandai marah atau meninggikan suara.
Advertisement

Pelakon Amir Ahnaf mengakui dia pernah menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga di usia yang muda ketika sebelum bergelar seorang pelakon. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsiannya ketika menjadi tetamu Habis Cerita podcast, Amir berkata dia mahu membina sebuah keluarga yang sihat biarpun dirinya membesar dalam situasi ibu bapa bercerai. 

 

“Saya kalau boleh nak kahwin muda, sebelum saya terfikir yang saya akan jadi aktor. Saya fikir macam ‘ok aku nak empat ke lima orang anak atau anak perempuan… kahwin muda kan. 

Advertisement

 

“Nak bina sebuah keluarga yang sihat… sebab I’m family man. Walaupun saya datang dari broken family pun, tapi saya percaya yang dari broken one, you can build a beautiful one,” katanya. 

 

Pada perkongsian yang sama, pelakon filem Kahar: Kapla High Council ini turut memberitahu dia juga menjadikan rumahnya sebagai tempat untuk adik-beradiknya datang meluangkan masa bersama.

 

“Saya macam mana nak cakap eh, walaupun saya rumah saya jauh tapi saya cipta rumah saya sendiri. Sebab itu saya ajak adik-adik tinggal dengan saya. 

 

“Kalau diorang tengah cuti sem, study tu kan… diorang akan ramai-ramai la datang lepak rumah saya. So, penuhlah rumah itu, sekarang ramai tau adik-adik dekat rumah,” ujarnya lagi. 

 

Ketika ditanya adakah dia seorang abang yang garang, Amir bagaimanapun mengakui dia seorang yang tidak pandai untuk marah dan meninggikan suara. 

 

“Saya tak pernah marah adik-adik saya. Saya tak reti marah tau. Kalau nak tengok saya marah, cuma dalam filem. Saya tak reti tinggi suara,” katanya. 

@luhvn4nx i need a man who is soft spoken like him 😔 | Habis Cerita Podcast #xybca #mcdonaldmalaysia #podcastmalaysia ♬ original sound - nana ✧˖°

Anda mungkin berminat dengan

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

PUMA Portugal '25 Home Men's Soccer Jersey

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

adidas Football Argentina 26 Home Pre Match Jersey Men White JY9530

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

adidas Football Germany 26 Home Jersey Men White KD8363

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

[NEW] PUMA Portugal Away Jersey Men

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

Must Watch Video

Advertisement