Skip to main content

Berita

Jangan Lupa 'Lock' 20 November Ini! D'Masiv Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Bersama Noh Salleh & Aziz Harun

Jangan Lupa 'Lock' 20 November Ini! D'Masiv Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Bersama Noh Salleh & Aziz Harun

Sekilas

  • Kumpulan pop Indonesia, D’MASIV, akan mengadakan konsert jelajah Asia Home Run di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 20 November 2026, dengan penampilan khas Noh Salleh dan Aziz Harun.
  • Konsert ini merupakan destinasi keempat jelajah selepas Taiwan, Hong Kong, dan Singapura, dan akan menampilkan kolaborasi unik antara vokalis D’MASIV dan artis undangan Malaysia serta Brunei.
  • Tiket masih dijual dalam beberapa kategori dengan harga bermula RM148, dan pembelian boleh dibuat melalui laman web rasmi konsert.
Advertisement

Kumpulan pop popular Indonesia, D’MASIV, bakal menggegarkan pentas Mega Star Arena, Kuala Lumpur menerusi konsert jelajah D’MASIV Asia Home Run pada 20 November 2026, jam 8 malam.

Konsert anjuran Neptunes Presents bersama Antara Suara itu menjanjikan persembahan istimewa yang menggabungkan kehebatan muzik D’MASIV dengan sentuhan dua penyanyi berbakat dari Malaysia dan Brunei, Noh Salleh dan Aziz Harun.

Advertisement

Kuala Lumpur merupakan destinasi keempat jelajah D’MASIV Asia Home Run, selepas kumpulan itu menjayakan persembahan di Taiwan, Hong Kong dan Singapura.

Jelajah berkenaan dijadualkan melabuhkan tirainya di Jakarta, Indonesia.

Menurut Pengarah Projek Neptunes Presents, Shamsir Firdaus Shariman, pemilihan Noh Salleh dan Aziz Harun sebagai artis undangan dibuat sendiri oleh pihak pengurusan D’MASIV bagi memberikan kelainan serta pengalaman muzik yang lebih bermakna kepada peminat.

Advertisement

“Menariknya, menerusi kolaborasi istimewa ini, vokalis D’MASIV, Rian Ekky Pradipta, akan bergandingan dengan Noh Salleh untuk mempersembahkan beberapa lagu popular seperti Angin Kencang, Ingin Lekas Memelukmu Lagi dan Di Bawah Langit Yang Sama.

“Rian juga bakal berduet bersama Aziz Harun menerusi lagu popular D’MASIV, Merindukanmu, khusus buat peminat yang hadir pada malam konsert berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Penampilan dua artis undangan itu dijangka menjadi antara tarikan utama konsert, selain memberi peluang kepada peminat menyaksikan gabungan suara serta gaya persembahan berbeza dalam satu pentas.

Mengulas persiapan menjelang konsert, Shamsir Firdaus berkata segala perancangan dan persiapan telah dilakukan dengan rapi oleh pihak penganjur bersama D’MASIV serta artis undangan bagi memastikan persembahan berjalan lancar.

“D’MASIV sememangnya sudah tidak sabar untuk kembali bertemu peminat mereka di Kuala Lumpur. Malaysia sudah dianggap seperti rumah kedua buat kumpulan ini kerana sambutan luar biasa yang sentiasa diberikan peminat sejak awal kemunculan mereka.

“Mereka amat merindui suasana konsert di Malaysia, terutama kehangatan dan energi yang ditunjukkan oleh peminat setia yang dikenali sebagai Masivers,” katanya.

Tambahnya, konsert kali ini bukan sekadar persembahan muzik biasa, sebaliknya bakal menjadi satu pengalaman istimewa yang meninggalkan kenangan manis kepada peminat.

“D’MASIV akan menghiburkan peminat menerusi rangkaian lagu popular serta karya baharu dalam persembahan yang dijangka berlangsung selama kira-kira dua jam.

“Antara lagu hits yang bakal dipersembahkan termasuk Pergilah Kasih, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku, selain pelbagai lagu lain yang cukup dekat di hati peminat mereka,” katanya.

Orang ramai yang ingin menyaksikan konsert berkenaan masih berpeluang mendapatkan tiket mengikut kategori berikut:

● Super VIP – RM588 (pakej menyeluruh)
● Ruby (Festival Seating) – RM298 (kategori baharu)
● Festival – RM188
● Platinum – RM148

Tiket masih dijual menerusi laman web rasmi konsert dihttps://dmasivtour.com.

Anda mungkin berminat dengan

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

Football Japan 26 Home Jersey Men Blue KD3345

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement