Skip to main content

Aniq Suhair, Bella Dowanna 'Bertelagah' Dalam Ate Kome, I Love You!

ASTRO GEMPAK ate

Sekilas

  • Ate Kome, I Love You! adalah siri komedi romantik 12 episod eksklusif di Viu yang mengisahkan dua musuh zaman kanak-kanak bertemu semula sebagai dewasa.
  • Aniq Suhair dan Bella Dowanna memegang watak utama, dengan jalan cerita yang penuh dengan konflik, peluang kedua, dan elemen lucu serta menyentuh hati.
  • Siri ini turut menampilkan lagu tema rasmi oleh ALVN dan akan diadakan sesi Meet & Greet eksklusif pada 17 Julai di Sunway Pyramid.

Selepas mencuri perhatian menerusi pelbagai naskhah romantik, Aniq Suhair dan Bella Dowanna kini bergandingan sebagai teraju utama dalam siri komedi romantik baharu Viu Original berjudul Ate Kome, I Love You!.

Siri 12 episod arahan Helmi Yusof itu mula ditayangkan secara eksklusif di Viu bermula 25 Jun dengan episod baharu setiap Khamis dan Jumaat.

Mengangkat tema "dendam lama, cinta baharu", drama tersebut mengisahkan dua musuh zaman kanak-kanak yang dipertemukan semula apabila dewasa sebelum terpaksa berdepan pelbagai situasi yang mengubah hubungan mereka.

Selain Aniq dan Bella, siri ini turut dibintangi Amy Mastura, Ieda Moin dan pendatang baharu, Nurel Baharin.

Menariknya, Ate Kome, I Love You! turut menyaksikan Bella kembali bekerjasama dengan Helmi Yusof selepas kejayaan Viu Original Abang Imam Minah Skuter yang ditayangkan tahun lalu.

Dalam siri tersebut, Bella membawakan watak Mila yang memilih meninggalkan keluarganya demi membina kehidupan baharu selepas berkahwin. Namun, kehidupannya berubah apabila rumah tangga yang dibina musnah dan dia ditinggalkan dalam keadaan menanggung hutang.

Dalam keadaan serba tidak menentu, Mila bertemu semula dengan Mamat lakonan Aniq Suhair, individu yang pernah menjadi musuhnya sejak kecil. Pertemuan itu membuka lembaran baharu apabila Mamat menawarkan tempat tinggal dan membantu Mila memperbaiki hubungan dengan keluarganya.

Apa yang bermula dengan pertelingkahan dan salah faham akhirnya berkembang menjadi sebuah perjalanan yang lucu, menyentuh hati dan penuh dengan peluang kedua.

Menambahkan lagi emosi dalam penceritaan, siri ini tampil dengan lagu tema rasmi berjudul Syarat Cinta nyanyian ALVN yang diterbitkan oleh MsOrange Solutions Creative dan Rhunut Music.

Bagi meraikan tayangan perdana siri berkenaan, Viu dan POKKA turut bakal menganjurkan sesi Meet & Greet eksklusif bersama barisan pelakon utama pada 17 Julai depan di Sunway Pyramid.
 

Anda mungkin berminat dengan

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB587

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Must Watch Video

Advertisement