Pelakon Ezany Nizariff sekali lagi tampil membuat laporan polis berhubung tindakan individu berpengaruh mempermainkan agama Islam.

Jelas Ezany, laporan itu juga dibuat ekoran situasi terbabit yang menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama.

"Saya dah buat kewajipan sebagai Muslim. Saya pun dosa banyak, sepatutnya kita berubah ke arah yang lebih baik.

"Saya terpaksa bertindak kerana kamu makin melampau!

"Kamu berjaya dalam bisnes dan saya salute kerana kamu hebat tetapi apabila sampai kepada mempermainkan agama Islam, kamu cabar Allah. Minta maaf dan kamu terus buat.

"Ramai ustaz nasihat tapi kamu tetap tidak peduli, kamu angkuh, ego.

Sehubungan itu, Ezany berharap pihak berkuasa agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap individu berkenaan.

"Moga pihak berkuasa dapat bertindak.

"Membuat laporan ke atas lelaki berpakaian wanita, berbuah dada, mencemar dan mempermainkan agama Islam.

"Menimbulkan suasana tidak harmoni antara agama, menghasut dan mempromosikan LGBT ekstrim.

"Mohan tindakan dari PDRM, SKMM, JAKIM dan Menteri Agama Islam," tambahnya yang tidak memetik nama mana-mana pihak.


Ezany bagaimanapun dalam entri sama turut memuat naik rakaman video tular memaparkan dua usahawan kosmetik popular Datuk Seri Aliff Syukri dan Nur Sajat.

Video yang memaparkan aksi kedua-dua usahawan selebriti menari itu sebelum ini mendapat kecaman netizen.

Terdahulu, pelakon lelaki itu tampil ke balai polis untuk membuat laporan terhadap tindakan melampau pengguna Facebook yang menghasut individu lain untuk murtad.

BACA: "Tak Payah Hantar Perempuan Seksi Untuk..." - Ezany Nizariff Buat Laporan Polis Ada Pihak Cuba Cetus Propaganda Murtad