Pelakon Bella Astillah sudah makin terbuka berkongsi fotonya bersama ‘baby bump’ selepas mengesahkan dirinya hamil baru-baru ini.

Terbaharu, gambar yang dikongsi Bella di akaun Instagram (IG) miliknya mendapat perhatian peminat.

Foto menggayakan baju raya berwarna hitam itu menunjukkan perut Bella yang semakin besar dan jelas terpancar seri ibu hamil di wajahnya.

Rata-rata pengikut di ruangan komen kelihatan teruja dan mendoakan agar proses hamil serta kelahiran bayinya nanti dipermudahkan.

"Bella makin cantik berseri sejak berbadan dua ni."

"Nampak perut dah makin besar."

"Baby bump semakin besar."

"Baby bump..Tahniah kak Bella."

"Baby bump ke tu? Comelnya kak Bella."

"Seri ibu mengandung. Love you kak Bella," antara komen yang ditinggalkan.



Umum mengetahui mahligai yang dibina Bella dan Aliff selama tiga tahun itu berkecai apabila suaminya itu didakwa kerap berlaku curang bersama wanita lain.

Bella memfailkan permohonan cerai secara baik terhadap Aliff pada 21 Mac lalu selepas beberapa kali tertangkap menjalin hubungan dengan wanita lain.

Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan seorang anak, Ayden yang kini berusia tiga tahun.

Terbaru, Bella mendedahkan dia sudah kembali rujuk sebagai pasangan suami isteri dengan Aliff.

BACA: "Masa Dalam Iddah Lagi Tak Perlu Kahwin Semula" - Bella Astillah & Aliff Aziz Kembali Rujuk, Kini Hamil Anak Kedua