Personaliti televisyen Ameera Zaini telah selamat melahirkan anak keduanya pada 9.29 malam hari Jumaat.

Perkara itu diumumkan menerusi sebuah entri di akaun media sosial miliknya.

"Alhamdulilllah. It's a boy. 8th May 2020. 9.29 pm," tulisnya di Instagram (IG).

Ameera turut berkongsi sekeping foto yang menampakkan sebahagian wajah bayinya itu.

#BismillahiMashaAllah Alhamdulillah It’s a boy ? 8th May 2020 9.29pm

A post shared by AMEERA ZAINI ® (@ameerazaini) on


Khabar gembira itu dihujani ucapan tahniah daripada rakan selebriti dan peminat.

"@mia.ahm4d: MasyaAllah Meera!! Like finally!! Congratulations!!! Share la journey bersalin nanti. Selamat berpantang!

"@nadiaannuar: Birthday sama macam Aaron my eldest! Hahahaha timing pun beza 1 jam lebih je.

"@nabila.razali: Alhamdulillah!

"@adielaridzuan: Alhamdulillah congrats kak Meera! Selamat berpantang," antara komen-komen yang ditinggalkan.

Terdahulu, Ameera mendedahkan dia terpaksa menghadapi trimester pertama yang sangat mencabar untuk anak keduanya.

BACA: "Insya-Allah Tahun Depan Mateen Dapat Adik .." - Ameera Zaini Umum Hamil Anak Kedua

Ameera dan suami, Hasnor Rozaini telah mendirikan rumah tangga pada 18 September 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Mateen.