HIBURAN
“Kalau Minta Izin Dengan Adab, Nak Video Pun Saya Bagi” – Fazura
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura meluahkan pandangannya berhubung isu privasi serta adab masyarakat ketika berinteraksi dengan golongan selebriti.
Menerusi satu hantaran di platform Threads, Fazura, 41, berkongsi mengenai budaya masyarakat di Dubai yang mengutamakan rasa hormat terhadap ruang peribadi seseorang, khususnya dalam hal merakam gambar atau video individu lain tanpa kebenaran.
“Lindsay Lohan tinggal di Dubai dan dia cakap, ambil gambar orang secara rawak di sana adalah tidak sah dari segi undang-undang.
“Kita mesti minta izin daripada individu tersebut, dan saya rasa itu satu tahap yang sangat tinggi dari segi rasa hormat dan privasi,” tulis Fazura.

Tambah bekas isteri kepada pelakon Fattah Amin itu, budaya sebegitu patut dijadikan contoh kerana ia memberi keselesaan dan menunjukkan adab yang tinggi.
“Kita tak amalkan benda tu di sini tapi kan… lagi best kalau mulakan dengan adab, macam… ‘Assalamualaikum kak, boleh tak nak bergambar?’.
“Kalau macam ni… jangan kata gambar, kakak snap video pun nak dik,” tulisnya berserta emoji dan tanda pagar seperti #adabiseverything dan #respect.
Perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial yang rata-ratanya bersetuju dengan pendirian pelakon filem Pisau Cukur itu.
Ramai berpendapat bahawa sikap segelintir individu yang merakam selebriti secara senyap atau mengejut tanpa sebarang salam atau perkenalan sewajarnya diubah demi menjaga keselesaan semua pihak.
Sumber: Threads
Must-Watch Video