Filem Ada Apa Dengan Dosa terus mendapat perhatian ramai sejak mula ditayangkan pada 4 Jun lalu.

Kisah hidup anak luar nikah yang tidak punyai pegangan agama bernama Aurora itu terus menjadi buah mulut ramai di media sosial.

Malah, ada yang meminta kesinambungan kisah hidup gadis yang dibesarkan oleh keluarga angkat di Scotland itu.

"Please make part 2! I need more. Kenapa sekejap sangat?

"Filem ini sangat bagus dan menyampaikan banyak mesej," tulis salah seorang pengguna di Instagram.

"Apa jadi pada Siti Zaharah dan Aurora? Mereka sempat jumpa ke tak?" soal pengguna lain.

"Sumpah tangkap jiwa aku tengok Ada Apa Dengan Dosa. Cerita ni baru keluar aku dah nak part 2. Serius menusuk kalbu," pinta @nayliafanzo.

"Saya dah tengok cerita ni dan sangat best! Saya suka halal gap dorang, pegang lengan baju je. Comel! How about Ada Apa Dengan Dosa 2?" soal @syabalqiss.



Selain mahukan kesudahan hidup baharu Aurora, ramai juga yang inginkan kesinambungan kisah Khalik yang dilakonkan oleh PU Riz.

Ada Apa Dengan Dosa mengisahkan kehidupan seorang gadis yang dibesarkan dalam keluarga freethinker bernama Aurora (Wanna Ali) yang mendapat tahu identiti sebenarnya dari keluarga beragama Islam.

Lebih mengejutkan apabila Aurora adalah seorang anak luar nikah hasil daripada keterlanjuran perbuatan seorang pendakwah dan ibu kandungnya.

Kesannya, Aurora hampir membunuh diri namun kehidupannya berubah selepas bertemu dengan Khalik (PU Riz).

Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.

Ada Apa Dengan Dosa telah mula ditayangkan di saluran Astro First (480) sejak 4 Jun.

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton Ada Apa Dengan Dosa selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai filem Ada Apa Dengan Dosa, sila layari Instagram, Facebook dan Twitter Astro Shaw.