HIBURAN
Dinobat Sebagai Juara Tarian Di Paris, Lan Solo Bangga, Anak & Pasukan Tarian Sekolah Seni Malaysia KL Harumkan Nama Negara Di Persada Antarabangsa!
Anak kepada penyanyi, Lan Solo iaitu Nur Amna Qaleesya telah berjaya mengharumkan nama negara apabila dinobatkan sebagai juara kategori tarian kuartet di acara ‘Etoiles De Paris’ UAE-England-France 2025 yang berlangsung di Paris, Perancis pada malam Khamis.
Harumkan nama negara
Lebih manis lagi, kejayaan tersebut dilalui bersama dengan pasukan tarian dari Sekolah Seni Malaysia Kuala Lumpur (SSEMKL).Berita gembira itu dikongsi oleh isterinya iaitu Nur Sheila Hassim dan juga Lan menerusi beberapa hantaran di Instagram masing-masing.
Menerut Lan, sebagai seorang bapa dia berasa sangat gembira apabila anaknya bersama pasukan tarian berjaya membawa nama negara hingga ke persada antarabangsa.
“Apa pun tahniah buat seluruh kontinjen Malaysia. Kami bangga!” coretnya.“Kita menang yeay! Kakak dan team tari SSEMKL menang. Alhamdulillah, hadiah hari Jumaat yang indah untuk team tari Sekolah Seni Malaysia KL.“Tahniah buat semua yang terlibat! Daddy tak tahu nak tulis apa sebab daddy tak ada dekat sana. Nanti korang balik korang story story okay.
Difahamkan, Amna bersama tiga lagi wakil dari SSEMKL berjaya menewaskan tujuh lagi negara yang bertanding termasuk Ukraine, Indonesia, Kyrgyzstan dan Armenia.
Must-Watch Video