Penceramah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew berkongsi berita sedih apabila premis perniagaannya, Elewsmart dipecah masuk dalam satu kejadian di Sungai Buloh, awal pagi tadi.

Menurut Ebit, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), kedai serbanekanya itu dimasuki dua individu.

"Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart Sg. Buloh kena pecah masuk 3.30 pagi.

"Ada rakaman CCTV, dua lelaki pakai topi keledar," katanya menerusi satu entri di Instagram.

Gempak cuba menghubungi Ebit untuk mendapatkan maklumat lanjut, namun, segala panggilan dan kiriman mesej belum terjawab.

Begitupun, Ebit turut berkongsi sekeping foto keadaan kedainya yang dipecah masuk.

Sayu pagi ini bila dapat tahu Elewsmart sg buloh kena pecah masuk 3.30 pagi. Ada rakaman cctv. 2 lelaki pakai helmet. Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya. Pohon doa semua yer biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya. Innalilahi wa inna ilaihi rajiun. Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha. Semua dari Allah kembali padanya. Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik-ebitlew

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on


Difahamkan, sejumlah wang tunai dan barangan jualan berjaya dibawa keluar suspek.

Biarpun sedih, Ebit dalam entri berkenaan, menyifatkan apa yang terjadi mempunyai hikmah tersendiri.

"Ya Allah aku mengadu sedih dan susahku hanya padaMu. Semoga Allah beri pelajaran padanya.

"Pohon doa semua ya, biar semua jadi asbab kebaikan dan hidayah. Pasti ada rahmat disebalik semuanya.

"Ya Allah ganjarkanlah atas musibah ini dan gantikanlah dengan sesuatu yang lebih baik," tulisnya.

Di ruangan komen, rata-rata bersimpati dengan musibah yang melandanya.

"Silap oranglah siapa yang pecah masuk tempat Ustaz Ebit. Ramai yang doakan ni, doa orang teraniaya makbul. Semoga ada hikmah," tulis salah seorang pengikutnya.