gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Momen Bersalin Penuh Cabaran, Dahlia Rizal Syukur Suami Setia Menemani - “Hanya Allah Sahaja Yang Dapat…”
VIRAL
Seperti Dalam Filem! Qawiy Kongsi Detik Perkenalan Dengan Isteri Melalui IG - “Waktu Itu, Video Saya Viral..."”
RANCANGAN
#BigStageAlpha: Punya Potensi Besar! Syafinaz Selamat Beri Peluang Kedua Buat Ariel Fesol - “Saya Rasa Ajai Beritahu Itu Adalah…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Luangkan Masa Dengan Anak Tiri, Netizen Terharu Lihat ‘Bonding’ Ubai & Seth - “Dia Ni Memang Anugerah Terindah Buat…”

gempak
Asyraf Roslan
11/05/2025
11:55 MYT
Sponsor Banner
Luangkan Masa Dengan Anak Tiri, Netizen Terharu Lihat ‘Bonding’ Ubai & Seth - “Dia Ni Memang Anugerah Terindah Buat…”

Pempengaruh dan juga suami kepada penyanyi Shila Amzah, Ubai mencuri perhatian netizen apabila memuat naik video bersama anak tirinya, Seth Uwais.

Menerusi perkongsian di Instagram, Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli dilihat meluangkan masa bersama Seth dengan mewarnakan kepala anaknya itu menyerupai karakter animasi terkenal, Aang daripada Avatar: The Last Airbender.
Aksi anak dan bapa itu benar-benar mencuit hati netizen malah netizen juga dapat melihat kebahagian terpancar di wajah Seth selepas mendengar ungkapan sayang daripada ayah tirinya itu.
“Papa, awak sayang saya? tanya Seth.
“Saya mestilah sayang awak, kalau tidak kenapa saya mencontongi awak,” balas Ubai.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh melihat cara Ubai melayani anak tirinya dengan penuh kasih sayang.
“Comelnya dua beranak ni.
“Syabas Ubai jadi papa yang baik.
“Ubai ni mmg anugerah terindah buat Shila sekeluarga...semoga kekal bahagia hingga ke syurga.
“Terima kasih Ubai kerana kebaikanmu menjadi papa terbaik buat Seth.. Semoga kalian sekeluarga kekal bahagia, berjaya dunia dan akhirat hingga ke Syurga... Aamiin..
“Segmen papa and setty ni best betul tgk diorg berdua borak.. bonding moment best and ade je ayat kelakar dr Setty and Ubai,” komen netizen.
Dalam pada itu, netizen juga terhibur melihat reaksi Shila Amzah selepas melihat wajah anak bujangnya itu yang berubah menjadi 'Avatar'.
Untuk rekod, Shila mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh Ubaidillah pada Ogos tahun lalu dan kini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Rhea Akira pada 9 Mei lalu.
Shila juga pernah mendirikan rumah tangga bersama Haris Edraki pada 2018 namun berpisah pada Februari 2022.
Daripada hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya maya lelaki iaitu, Seth Uwais, 6 tahun.
Topic Berkaitan
#Bonding
#Ubai
#Seth
Must-Watch Video