Hujan renyai mengiringi majlis pengebumian bintang Big Stage 2020, Sandra Dianne di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kauluan di sini petang tadi.
Jenazah Sandra atau nama sebenarnya Alessandra Dianne Ampuria, 26, sebelum itu dibawa dari Hospital Putrajaya jam 10.45 pagi dan tiba di Kota Kinabalu tiga jam kemudian.
Van membawa jenazah tiba jam 3.15 petang di rumah keluarganya disambut penduduk dan disembahyangkan sejurus ibunya, Nor Syakinah tiba dari Kuala Lumpur.
Selesai disembahyangkan, jenazah dibawa ke tanah perkuburan dengan diiringi kira-kira 100 orang terdiri daripada ahli keluarga dan jiran untuk dikebumikan.
Datuk saudara arwah, Mohd Said Mohd Sator, 55, berkata walaupun suasana hiba, arwah selamat dikebumikan jam 5.45 petang.
"Alhamdulillah, walaupun hujan renyai tidak berhenti, urusan pengebumian berjalan lancar dengan bantuan penduduk".
"Pemergian Sandra amat dirasai namun seluruh keluarga reda dengan ketentuan Ilahi," katanya.
Pada Sabtu, Sandra terlibat dalam satu kemalangan kereta di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika menuju ke Putrajaya International Convention Centre (PICC) bagi tujuan rehersal.
Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta yang berada di depannya berhenti secara mengejut.
Sandra mendapat rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Putrajaya dan dilaporkan berada dalam keadaan kritikal sejak Sabtu.
Sumber: Harian Metro
Azwa Rahman
Fri Sep 11 2020
Alif Satar Nafi Menunjuk-Nunjuk Buat Kebaikan, Syukur #GengSubuhMacamJumaat Diterima Baik! - "Saya Nak Semua Bersatu"
Selebriti versatil, Alif Satar bersyukur kempen solat berjemaah, #GengSubuhMacamJumaat diterima baik dan mendapat sambutan yang hebat dari pelbagai usia.
Kalini Sherry betul betul nervous! | Di Sebalik Tabir | You Know Nothing About Cooking | EP15
Siapa kata bila nampak tenang tapi semuanya ok? Dalam hati belum tentu lagi. Habis nervous Sherry bila nak kena masak sorang-sorang!
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Jom saksikan You Know Nothing About Cooking bersama Sherry Al Hadad & Datin Marlia Musa serta tetamu jemputan setiap hari, 12 tengah hari di Gempak.com!
#YouKnowNothingAboutCooking
#YKNAC
#GempakOriginalSeries
Sharul Aimy Dilamun Cinta Dengan Gimnas Filipina? Ini Respons Pihak Pengurusan
Nama gimnas lelaki negara, Muhammad Sharul Aimy Hisam tiba-tiba menjadi bualan selepas tangkap layar yang memaparkan dirinya bergambar bersama atlet Filipina, Daniela Dela Pisa viral di media sosial.
"Tak Beradablah Pakai Baju Melayu Tunjuk 'Asam Keping'" - Hun Haqeem
Pelakon Hun Haqeem menganggap tindakan pereka fesyen tempatan yang memodenkan rekaan baju Melayu dengan perincian pelik sebagai perbuatan tidak beradab.
Mimi Lana Tak Sangka Mampu Bawa Watak Komedi Dalam ‘First Wives’ - “Bila Berlakon Tu Macam Semua Orang…”
Mimi pegang watak sebagai Diyana.
Jumpa Kain Pengelap Dalam Murtabak, KKM Kompaun Peniaga!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kompaun terhadap pemilik gerai martabak yang didapati cuai sehingga cebisan kain pengelap ditemui dalam makanan itu.
Raja Azura Puji Lakonan Hafreez Adam Dah Tak ‘Kayu’ - “Saya Nampak Kematangan Dalam…”
Raja Azura puji la Hafreez!
Insiden Jambatan Baltimore, Seorang Individu Ditemui Maut
Satu individu disahkan maut dan ditemukan di dalam sungai susulan insiden jambatan runtuh, di Baltimore, timur negeri Maryland, Amerika Syarikat, lapor media pada Selasa. Menurut sumber, Ahli Majlis Bandar Baltimore, Phylicia Porter memberitahu pencarian mangsa-mangsa terlibat masih lagi dijalankan dan satu mayat telah pun ditemukan. "Kami deng
Netizen Minta Tips Untuk Suami Isteri, Ini Respons Shila Amzah - “Jangan Berhenti Bercinta Walaupun…”
Shila kongsi tips.
"Tak Perlu Lebih-Lebih Mesra Cari Keserasian" - Pesan Wawa Zainal Untuk Aeril Zafrel
Pelakon Wawa Zainal berpesan pada suaminya yang juga pelakon Aeril Zafrel agar tidak berlebih-lebihan apabila bergandingan dengan pelakon wanita lain.