Pelawak, pelakon dan penyanyi Zizan Razak mengalami kecederaan pada bahagian kaki ketika melakukan babak aksi untuk filem terbaharunya, Baik Punya Ahlong.

Ketika dihubungi Gempak, Zizan menyatakan rawatan telah diberikan namun rasa sakit itu masih ada.

"Semalam masa tengah scene bergaduh tiba tiba rasa sakit. Tak tahu apa punca.

"Medic ada bantu letak ubat. Abang yang buat stunt pun ada juga tolong tapi sekejap saja hilang rasa sakit.

"Masa penggambaran rasa sakit tu datang balik. Insya-Allah takda apa-apa. Kalau sakit lagi saya terus jumpa pakar," katanya.

Sementara itu, Zizan juga mengaku terpaksa berjalan dalam keadaan terhincut-hincut dan meneruskan penggambaran seperti biasa.

"Saya boleh berjalan tapi terhincut-hincut sikit. Masa buat action memang macam orang tak sakit. Begitulah pengorbanan pelakon filem aksi," katanya mengakhiri perbualan.

Semalam, Zizan ada berkongsi beberapa keping foto terbaring sakit ketika di set penggambaran.

"Jackie Chan atau Jacky Sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi filem yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak," tulisnya di Instagram (IG).

Jackie chan atau jacky sting aku yahoo mesti melalui proses seperti ini. Demi movie yang yang penuh dengan aksi untuk kepuasan anda. Semoga cepat sembuh Zizan Razak. #baikpunyaahlong #2020 #injury

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on


Dalam perkembangan lain, Zizan juga merupakan salah seorang juri di program terbaharu Astro Warna, The Masked Singer Malaysia.

Zizan bersama Datuk Aznil Haji Nawawi, Michael Ang, Raja Azura, Nabila Huda, Ella Aminuddin, Remy Ishak, Ramona Zam Zam dan Angah Raja Lawak diberi penghormatan untuk menduduki kerusi juri tetap.

Datuk AC Mizal yang merupakan pengacara tersohor menggalas tugas sebagai hos.

The Masked Singer Malaysia yang dibawakan oleh SK magic dan Oppo selaku penaja utama itu bersiaran menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107) iaitu pada setiap Jumaat, jam 9 malam.

Program ini juga boleh distrim secara eksklusif melalui aplikasi Astro GO dan kemudahan on demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.