RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: ‘Tough Call! Sukar Untuk Ramal Siapa Bakal Juara, Daniel Chuer Kagum Semua Finalis
Penyanyi, Daniel Chuer akui sukar untuk meramal siapa yang bakal muncul juara dalam program Raise The Star Malaysia (RTSMY) malam ini.
Menurut Daniel, semua finalis yang berjaya mara ke pentas akhir memiliki bakat yang hebat dan kekuatan tersendiri sekali gus membuatkan persaingan kali ini semakin menarik untuk diikuti.
"Honestly a tough call sebab yang masuk finale semua bagus-bagus. Best tengok reality singing show when you can’t predict who’s the winner," katanya.
Daniel turut menitipkan pesanan semangat buat semua finalis agar terus menikmati pengalaman beraksi di pentas akhir tanpa terlalu terbeban dengan tekanan untuk menang.
"Good luck semua, enjoy the stage," tambahnya ringkas.
Sementara itu, beberapa selebriti lain turut memberi pendapat mereka mengenai prestasi bintang RTSMY.
Minggu akhir bertemakan The Grand Encore dan setiap bintang akan menyanyikan dua buah lagu iaitu lagu tugasan dan lagu yang diciptakan oleh lima juri tetap iaitu Shila Amzah, Aina Abdul, Ikhwan Fatana, Audi Mok dan Ajai.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video