Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami di Tanjung Lesung sekitar hampir dua tahun lalu kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih.
Wanita yang berjaya membuka semula hati Ifan untuk kembali memupuk cinta adalah bekas teman sekolahnya, Citra Monica.
Citra Monica juga adalah wanita yang pernah 'ditangkap basah' bersama Irfan dalam sebuah apartment tahun lalu oleh suaminya sendiri.
Namun, waktu itu, baik Ifan atau Citra keduanya menafikan mereka menjalin hubungan cinta. Citra juga menolak dakwaan dirinya curang terhadap suaminya pada waktu itu.
Meski demikian, Ifan kini tidak berselindung dia dan Citra mula menjadi hubungan lebih serius selepas tragedi 'ditangkap basah' tersebut.
"Kalau boleh saya katakan, kami menjadi lebih rapat selepas tragedi 'penangkapan' tersebut," kata Ifan saat ditemui media Indonesia termasuk Gempak Indonesia Isnin lalu.
Ifan kemudian menceritakan, sebagai kawan, dia mengetahui Citra merupakan isteri orang. Namun setelah dirinya dan wanita tersebut 'ditangkap', dia berpendapat bahawa rumah tangga Citra memang bermasalah sehingga mereka akhirnya rasmi bercerai.
"Kami memang bersahabat sejak sekolah menengah dan setahu saya rumah tangga dia baik baik saja. Sehingga tiba tiba kami ditangkap, saya sedar ada yang tak kena dengan rumah tangganya," ujar Ifan.
Kini setelah Citra menjanda dan dia juga berstatus duda, Ifan mengaku wanita tersebut menjadi penyembuh luka ditinggal mati oleh isterinya.
"Hampir dua tahun saya tidak punya siapa siapa untuk berkongsi cerita. Ya, Citra Monica membantu menyembuhkan luka saya. Pastinya ini untuk serius (hubungan)," akui Ifan.
Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, lelaki dengan nama sebenar Riefian Fajarsyah ini memutuskan untuk menjalani karier seninya secara solo selepas kehilangan semua anggota Seventeen dalam tragedi Tsunami pada 2018 silam saat mereka sedang beraksi di atas pentas.
Kredit Foto: Popbela
Instagram: @ifanseventeen
Maliah Surip
Wed Dec 02 2020
“Ibu Mana Boleh Tahan? Senang Senang Nak Dajjalkan Anak Aku, Cakap Muka Macam Bab*” - Isteri Caprice Ulas Isu Melutut
Sabar seorang ibu juga ada hadnya.
Pesawat Ringan Terhempas Di Tanjung Malim, Dua Mangsa Selamat
Syukur mangsa selamat.
"Bukan Marissa Seorang Yang Patut Dipersalahkan, Dulu Pun Saya Tak Pernah Salahkan Memey" - Abby Abadi
Pelakon Abby Abadi masih kurang mengerti tindakan netizen yang masih menyalahkan anaknya, Marissa Dania Hakim selepas bergelar isteri kedua Ahmad Aslam
Rasmi Bercerai Dengan Teuku Ryan, Hak Asuh Anak Jatuh Pada Ria Ricis
Drama rumah tangga YouTuber Indonesia, Ria Ricis dengan Teuku Ryan berpenghujung dengan penceraian.
Syasya Akui Tak Mudah Buat Keputusan Tinggalkan Dolla - “Luka Itu Lebih Besar Buat Diri Saya”
Tak mudah nak buat keputusan.
OH BABY KAMAL & UQASHA! - EPISOD 2
Kamal dah pandai bedung baby! Hahaha harini kita nak throwback Kamal & Uqasha pergi antenatal class. Untuk first time parents, kelas ni sangat digalakkan join untuk persediaan bersalin. Paling penting, mommies boleh belajar banyak knowledge yang berguna!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Jangan lupa follow journey diorang sebagai ibu bapa dalam Oh, Baby Kamal & Uqasha di semua platform Gempak!
Tyra Kamaruzzaman Kini Isteri Pereka Fesyen, Terima Mas Kahwin RM1,111
Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.
Netizen Sakit Hati NRF Siap Ajar Aliff Cara Bercakap - “Kena Cakap Berdepan Orang Tengok Muka Awak”
Netizen geram dengan NRF.
Ganti Kucing Hidup, Guna Anak Patung Doraemon Untuk Upacara Panggil Hujan!
Sebuah komuniti di Thailand menjadi tular, gara-gara menggunakan anak patung watak animasi Jepun, Doraemon menggantikan kucing hidup untuk upacara tradisional memanggil hujan.
Didi Astillah Dedah Perbualan Aliff Bersama NRF - “So Inilah Last Plan Dengan Si Ruhainies Tu Ya?”
Didi pula tampil dengan bukti tangkap layar perbualan Aliff.