Pempengaruh, Tyra Kamaruzzaman telah sah bergelar isteri kepada jejaka pilihan hatinya yang juga pereka fesyen, Emran Rijal, pada petang Jumaat dengan sekali lafaz.

Menerusi perkongsian siaran langsung di Instagram, pasangan itu dinikahkan oleh bapa Tyra, Haji Kamaruzzaman.

Pada majlis nikah tersebut, Tyra atau nama sebenar Athirah Kamaruzzaman menerima mas kahwin sebanyak RM1,111 dan dulang hantaran lima berbalas tujuh.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Boathouse, Kuala Lumpur itu bertemakan rona putih yang dihadiri kedua-dua belah pihak.

Untuk rekod, Tyra dan Emran diijabkabulkan selepas enam bulan mengikat tali pertunangan.

Hubungan Tyra dan Emran mula dihidu netizen sekitar September tahun lalu apabila mereka dilihat sering bersama.

A post shared by Athirah Kamaruzzaman (@tyrakmrzmn)


BERITA TRENDING: Tyra Kamaruzzaman Beri ‘Hint’ Bakal Nikah Pereka Fesyen - “Menghitung Hari, Jam, Minit…”

PILIHAN PEMBACA: Tyra Kamaruzzaman Dedah Sebab Jatuh Cinta Dengan Emran - “Saya Secara Peribadi Suka…”