Aktor Shaheizy Sam sedang berusaha untuk menurunkan berat badan kerana bakal kembali berlakon dalam filem Polis Evo 3.
Jelas Sam, sebelum ini berat badannya telah mencecah sebanyak 80 kilogram (kg) namun telah berjaya turun sehingga 70 kg.
"Saya bakal terbabit dalam penggambaran filem Polis Evo 3 bermula pertengahan bulan Oktober ini.
“Berat saya meningkat mencecah 80 kg Namun, hasil disiplin saya berjaya mendapatkan kembali berat badan 70 kg selepas menyertai satu cabaran selama 20 hari.
“Usaha menaikkan atau menurunkan berat bukan susah. Paling utama, kita kena ada semangat dan dedikasi untuk berbuat begitu. Jika betul caranya, ia menjadi proses yang mudah.
“Selepas ini, saya perlu kembali bersenam di gimnasium untuk mendapatkan semula susuk tubuh sama seperti Polis Evo 1 dan 2," katanya kepada Gempak.
Sam ditemui ketika Majlis Pelancaran Shaheizy Sam 20 Days Challenge di Battle Arena, Petaling Jaya baru-baru ini.
Tambah Sam atau nama sebenarnya Shaheizy Sam Abdul Samad, dia menafikan dakwaan berat badannya meningkat hanya sekadar gimik.
"Semua ini bukan gimik seperti difikirkan sesetengah orang. Bagi saya, soal berat badan, sama ada kurus atau gemuk, berbalik kepada kesedaran diri.
"Pada satu ketika, saya sendiri tekun menjaga badan bagi menjayakan watak dalam filem. Ada masanya, seperti orang lain juga, saya mahu menikmati makanan tanpa rasa bersalah.
"Semuanya bergantung pada pilihan masing-masing," tambahnya lagi.