Skip to main content

Budaya Popular

Aeril Zafrel & Wawa Zainal Mewahkan Anak-Anak, Tapi...

aeril_mewah.jpg
Pasangan selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berpendapat tiada salahnya mereka memberikan kemewahan kepada anak-anak.

Baru sahaja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga pada 1 Disember lalu, mereka mengakui kehidupan rumah tangga yang ditempuhi semakin baik.

"Alhamdulillah, kehidupan kami semakin baik, semuanya berjalan lancar. Beri kemewahan kepada anak-anak itu tidak salah, apa yang penting ialah penjagaan akhlak, bagaimana kami mengasuh cahaya mata pemberian Allah.

"Cara didikan untuk anak-anak sangat penting agar perilaku anak-anak terpelihara. Kami mahu mendidik anak agar  mereka menghormati orang di luar sana," kata Aeril.

Mereka ditemui ketika majlis pelancaran produk edisi terhad Wawa Cosmetica Baby Girl Limited Edition Soffya & Hayla baru-baru ini.

Mula menjinakkan diri dalam bidang perniagaan, Aeril dan Wawa bekerja keras demi tiga orang anak kesayangan mereka.

"Usaha kami lakukan sekarang ini semuanya untuk masa depan anak-anak. Kami tak mahu mereka rasa susah untuk membina kehidupan, sebagaimana kita rasa 'struggle' dulu untuk hidup.

"Menerusi perniagaan Wawa Cosmetics, kami bekerja keras agar dapat membantu kaum wanita di luar sana mencantikkan diri.

"Jenama kosmetik kami semakin dikenali ramai dan Insya-Allah, tahun hadapan kami akan terus mencuba nasib dalam menyediakan produk yang lebih hangat lagi," kata Wawa pula.

Terdahulu, Aeril dan Wawa berkahwin pada 2013 dan dikurniakan dua anak, Ahmad Fakhruddin Attar, 6, dan Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 4.

Must-Watch Video

Advertisement