gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Berdepan Hutang RM4.65 Juta, Fazura Masih Jual Tudung & Sold Out
VIRAL
Ramai Melenting Cadangan Mandulkan Lelaki Miskin Kekang Kelahiran, Gabenor Tampil Jawab Balik - "Saya Cuma Ajak, Tak Paksa..."
HIBURAN
Vivy Yusof Ubat Rindu Kembali Tulis Blog, Peminat Perlu Langgan USD5 Sebulan
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Alif Satar Terpaksa Meninggalkan Isteri Dalam Pantang Tiga Minggu

gempak
Rozaimi Zubaidi
20/12/2016
03:54 MYT
Sponsor Banner
Alif Satar Terpaksa Meninggalkan Isteri Dalam Pantang Tiga Minggu
Penyanyi dan pelakon Alif Satar menjelaskan dia terpaksa meninggalkan isterinya, Shadila selama tiga minggu ketika dalam tempoh pantang.
Alif atau nama sebenar Muhammad Alif Mohd Satar, 26, berkata, dia terpaksa ke Jepun untuk menjalani penggambaran drama terbaharu ketika isterinya sedang berpantang.
"Disebabkan komitmen dengan kerja, saya terpaksa meninggalkan isteri yang ketika itu dia sedang berpantang untuk pergi ke Jepun menjalani penggambaran drama terbaharu.
"Saya kini terlalu sibuk dengan kerja sehingga langsung tidak ada cuti namun bersyukur kerana ibu bapa tinggal dekat dengan rumah dan mereka tidak ada masalah untuk menjaga Shadila.
"Saya bertuah kerana mempunyai isteri seperti Sha kerana dia sangat memahami kerjaya saya.
"Malah dia juga memberikan sokongan sepenuhnya kepada kerja yang dilakukan dan saya berasa bangga kerana berkahwin dengan seorang wanita yang tidak pernah merungut mengenai pekerjaan saya,” kata Alif kepada Astro Gempak.
Tambahan Aliff, isterinya kini sedang hamil tujuh bulan dan dijangka bersalin Februari depan.
Menurut Aliff pertambahan ahli keluarga telah membuatkan dia ingin bekerja lebih keras demi mencari nafkah untuk keluarga kecilnya itu.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Alif Satar
Must-Watch Video