HIBURAN
Amelina Rancang Lancarkan Album, Ubati Kerinduan Peminat
Penyanyi yang diberi jolokan Ratu Dangdut Malaysia, Amelina sedang merancang untuk melancarkan album terbaru khas buat peminat yang merindui nyanyiannya.
Menurut Amelina, dia sedang mencari dan mengumpul material yang bersesuaian dengan 'trend' semasa dalam industri muzik.
"Saya akui sekarang bukan lagi zaman saya, namun saya tetap merancang untuk hasilkan album khas untuk peminat setia yang tertunggu-tunggu selama ini.
"Namun begitu, saya harus membuat persediaan dengan teliti dari segi penyesuaian dengan penerimaan masyarakat masa kini," katanya.
Amelina ditemui di majlis Sidang Media Konsert Fenomena D'Pop bertempat di KACH'e Wedding & Event Space, Shah Alam pada Rabu lepas.
Selain Amelina, konsert tersebut akan turut menampilkan persembahan dari Datuk M Daud Kilau, Datuk Jamal Abdillah, Datuk Nassier Wahab, Rohana Jalil, Zur Eda, Zamani, Siti Nordiana dan Haiza.
Info selanjutnya mengenai konsert ini boleh di dapati menerusi talian 019-397 7830.
Must-Watch Video