Skip to main content

Hiburan

Dr Azren Puji Inisiatif ‘Program Santuni Pelajar’ Ketengah Isu Kesihatan Mental - “Dalam Kalangan Pelajar Semakin Meningkat, Ia…”

Dr Azren Puji Inisiatif ‘Program Santuni Pelajar’ Ketengah Isu Kesihatan Mental - “Dalam Kalangan Pelajar Semakin Meningkat, Ia…”

Sekilas

  • Dr Azren dari Klinik Nissa memuji program ‘Santuni Pelajar’ anjuran Mekdi dan Gempak yang memberi peluang kepada mahasiswa mendalami topik kesihatan mental.
  • Program ini bukan sahaja menambah ilmu tetapi juga menyediakan ruang santai dan hiburan untuk pelajar melepaskan tekanan belajar.
  • Statistik menunjukkan satu daripada empat pelajar mengalami kemurungan, menjadikan program ini penting untuk meningkatkan kesedaran dan sokongan kesihatan mental.
Advertisement

Pengasas Klinik Nissa yang juga pakar psikiatri, Dr Azren atau Fakhrul Azren Azhar berpendapat penganjuran program ‘Santuni Pelajar’ merupakan satu program yang sangat bagus buat mahasiswa.

Menurut Dr Azren, program yang merupakan anjuran Mekdi dan Gempak ini memberi peluang kepada mahasiswa untuk mendalami pelbagai topik terutama sekali berkaitan dengan masalah kesihatan mental.

Advertisement

Bukan sahaja dapat menambah ilmu pengetahuan malah, para pelajar boleh berehat serta berhibur seketika serta menenangkan fikiran selepas berhempas pulas belajar demi masa depan mereka.

“Program Santuni Pelajar ini merupakan satu inisiatif yang sangat baik. Saya juga sangat gembira kerana menjadi sebahagian daripada program ini yang menyebarkan kesedaran dari pelbagai sudut seperti kewangan, hiburan dan sebagainya.

“Dari pihak saya yang berkongsi mengenai kesedaran masalah kesihatan mental, ia sedikit sebanyak boleh memberikan pemahaman yang mendalam kepada orang di luar sana.

Advertisement

“Sebagai contoh, mereka dapat mempelajari apa yang akan terjadi sekiranya masalah kesihatan mental tidak dikawal dan juga dirawat. Antara kesan sekiranya tidak mendapat bantuan sepatutnya maka akan terjadinya tekanan, bipolar dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Dr Azren berkata demikian ketika ditemui pada program Santun Pelajar yang bertempat di UniKL MICET, Alor Gajah, Melaka, baru-baru ini.

Bercerita mengenai masalah kesihatan mental, Dr Azren tampil berkongsi statistik melibatkan masalah tersebut dalam kalangan pelajar.

Ujar Dr Azren, statistis yang dikongsikannya itu merupakan satu angka yang merisaukan dan tidak boleh dipandang remeh.

“Secara amnya, dapat kita lihat kes berkaitan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar khususnya memang mengalami peningkatan daripada tahun-tahun sebelum ini.

“Banyak faktor yang berlaku disekeliling pelajar-pelajar ini yang mendorong kepada masalah kesihatan mental kepada mereka.

“Dan menurut statistik, satu daripada empat pelajar mengalami kemurungan dan ia merupakan satu angka yang sangat merisaukan.

“Jadi program ini sangat bagus kerana dapat membuka minda kepada para hadirin yang hadir untuk lebih memberikan tumpuan serta memahami lebih lanjut dalam mendapatkan bantuan bila memerlukan,” tambahnya lagi.

Sekadar info, Gempakkan Kampus bersama Mekdi yang kedua telah berlangsung di UniKL MICET, Alor Gajah pada 11 November yang lalu.

Program tersebut menampilkan barisan selebriti seperti Amir Masdi, Sharul Kamal, Dai Fuad, Shaza Bae, Iddin Ramli, Dr Azren dan Nik Akmal.

Dr Azren bersama Iddin turut berkongsi mengenai isu masalah kesihatan mental bersama segmen yang dikendalikan pengacara, Keanu Azman.

Pelbagai aktiviti menarik turut disediakan khas buat warga kampus termasuklah sesi perkongsian ilmu, permainan interaktif serta ruang santai buat mahasiswa untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement