Skip to main content

Berita

Tiada Kos Tambahan! Astro Tawar Akses Prime Video Selama 12 Bulan & Blockbuster Pack

Tiada Kos Tambahan! Astro Tawar Akses Prime Video Selama 12 Bulan & Blockbuster Pack

Sekilas

  • Astro tawarkan Astro One Entertainment Pack dengan akses 12 bulan ke Prime Video dan Blockbuster Pack pada harga RM49.99 sebulan untuk pelanggan baharu dari 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027.
  • Pakej ini gabungkan kandungan Astro, Prime Video, dan empat saluran Movies & Entertainment pilihan seperti Astro Showtime dan Rock Action, menyediakan pelbagai pilihan hiburan.
  • Pelanggan boleh nikmati filem blockbuster, siri popular, dan kandungan eksklusif termasuk The Lord of the Rings: The Rings of Power Musim 3 dan Blade Runner 2099 melalui satu langganan mudah.
Advertisement

Penyedia kandungan dan hiburan terkemuka di Malaysia, Astro terus menawarkan lebih nilai kepada pelanggan menerusi Astro One Entertainment Pack.

Pelanggan baharu kini boleh menikmati akses selama 12 bulan ke Prime Video dan Blockbuster Pack tanpa sebarang kos tambahan pada harga RM49.99 sebulan mulai 6 November 2026 hinggi 31 Januari 2027 ini.

Advertisement

Tawaran ini menggabungkan rangkaian hiburan Astro, Prime Video serta empat saluran Movies & Entertainment pilihan, memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk meneroka dan menikmati rancangan kegemaran mereka.

Rujuk jadual di bawah untuk maklumat harga penuh.


Advertisement

Menerusi tawaran ini, pelanggan boleh menikmati lebih banyak pilihan tontonan merangkumi platform penstriman dan saluran hiburan khusus, semuanya melalui satu langganan Astro. 

Dari filem, siri terbaharu hinggalah meneroka kandungan baharu atau menikmati malam santai dengan filem kegemaran, terdapat pelbagai pilihan yang sesuai dengan cita rasa dan keperluan tontonan setiap pelanggan.

Melalui Prime Video, pelanggan mendapat akses kepada perpustakaan kandungan global yang luas, termasuk karya Amazon Originals yang mendapat pengiktirafan, filem blockbuster serta siri antarabangsa popular.

Antara kandungan menarik yang ditawarkan termasuk The Lord of the Rings: The Rings of Power Musim 3, Nine to Six, The Housemaid, Madden dan Jailer 2. Filem yang dinanti-nantikan, Blade Runner 2099, juga dijadualkan untuk ditayangkan pada penghujung bulan ini. 

Selain itu, pelanggan turut boleh menikmati pelbagai pilihan kandungan merangkumi aksi, komedi, drama, realiti dan hiburan keluarga yang tersedia di platform tersebut.

Pilihan kandungan ini turut dilengkapi dengan Blockbuster Pack yang menampilkan empat saluran Movies & Entertainment pilihan, iaitu Astro Showtime (CH 411), Astro FAM Time (CH 412), Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415).

Menerusi keempat-empat saluran ini, pelanggan boleh menikmati pelbagai judul menarik termasuk John Wick 2, Ambulance, Merry Ex Mas, My Little Pony: The Movie, Power Rangers, The Replacement Killers dan Citadel. 

Gabungan ini menawarkan pelbagai pilihan hiburan, daripada filem aksi blockbuster dan filem kegemaran seisi keluarga hinggalah siri popular.

Tawaran ini terbuka kepada pelanggan baharu yang melanggan Astro One Entertainment Pack pada harga RM49.99 sebulan dalam tempoh 6 November 2026 hingga 31 Januari 2027.

Untuk melanggan, pelanggan boleh menghubungi Astro melalui WhatsApp atau menghubungi Pusat Jualan di talian +603-74919882. 

Pusat Jualan beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Dengan lebih banyak pilihan hiburan yang dihimpunkan dalam satu langganan, Astro terus memperluaskan pilihan hiburan untuk isi rumah di Malaysia, sekali gus memudahkan pelanggan meneroka dan menikmati kandungan yang mereka gemari.

Anda mungkin berminat dengan

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 π”Έβ„‚β„‚π•†π•Œβ„•π•‹ PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

ℕ𝔼𝕋𝔽𝕃𝕀𝕏 π”Έβ„‚β„‚π•†π•Œβ„•π•‹ PC/SMART TV ONLY 1/3/6 MONTHS 4K ULTRA HD SUBSCRIPTION ORIGINAL READ FIRST

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan V16.82

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan Neflix High Quality

NETFLIX Account 4K FIix Account Premium Plan Neflix High Quality

Must Watch Video

Advertisement