Skip to main content

Budaya Popular

Bawa Isteri & Anak Tunai Umrah, Ajak Shiro Mohon Doa Peminat

befunky-collage_272.jpg
Pelawak dan pelakon, Ajak Shiro telah berangkat ke tanah suci Mekah hari ini untuk menunaikan ibadah umrah.

Tidak keseorangan, Ajak berangkat bersama isteri, Nur Afifah Amin serta anak-anaknya.

Menerusi entri di Instagram (IG) miliknya, Ajak memohon kepada semua pihak untuk mendoakan perjalanannya ke tanah suci akan dipermudahkan.

"Doakan perjalanan kami sekeluarga ke Madinah," tulisnya secara ringkas beserta foto sekeluarga berada di lapangan terbang.

Rata-rata pengikut IG turut mendoakan agar perjalanan serta ibadah Ajak berjalan lancar.

Ajak atau nama sebenarnya Mohamad Hanaffi Razak mendirikan rumah tangga bersama Nur Afifah Amin, seorang guru dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Doakan perjalanan kami sekeluarga ke Madinah? . #mylove #myheart #sayaajakdansayatidaksombong

A post shared by Ajak Shiro (@ajakshiro) on

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement