Skip to main content

Hiburan

Raih Anugerah Khas Juri FFM35, Aghniny Haque Beri Bayangan Bakal Bintangi Filem Aksi Malaysia - “Saya Hampir Pengsan…”

Raih Anugerah Khas Juri FFM35, Aghniny Haque Beri Bayangan Bakal Bintangi Filem Aksi Malaysia - “Saya Hampir Pengsan…”

Sekilas

  • Aghniny Haque dari Indonesia hampir pengsan kerana terkejut menerima Anugerah Khas Juri menerusi filem Khadam di FFM35, yang juga merupakan kali pertama dia hadir ke festival itu dan ke luar negara.
  • Dia sangat bersyukur dengan sokongan penonton Malaysia dan mengakui penat lelah sepanjang menjayakan filem itu berbaloi apabila karya mereka diterima ramai.
  • Aghniny sudah menerima beberapa tawaran berlakon di Malaysia, termasuk bayangan untuk sebuah filem aksi tempatan, dan Khadam turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM35.
Advertisement

Aktres Indonesia, Aghniny Haque mengakui hampir pengsan kerana terkejut apabila menerima Anugerah Khas Juri menerusi filem Khadam pada Festival Filem Malaysia ke-35 (FFM35), malam Sabtu lalu.

Aghniny berkata, dia bersyukur dengan sokongan yang diterima di Malaysia dan gembira dapat meraikan karya perfileman bersama rakan-rakan industri tempatan.

Advertisement

“Saya tak percaya menerima penghormatan istimewa ini. Tentu saja aku sangat gembira dan bersyukur melihat bagaimana teman-teman di Malaysia selalu menyokong dan mengalu-alukan saya.

“Saya juga sangat gembira dapat berada di sini dan meraikan sinema bersama teman-teman di Malaysia. Aku hampir… aku hampir pengsan,” katanya sambil ketawa.

Ditanya sama ada itu kali pertama dia menghadiri FFM, Aghniny mengesahkannya.

Advertisement

Malah, turut mengakui sukar mempercayai kemenangan itu apabila ditanya mengenai pengalaman pertamanya di luar negara.

“Ya, ini FFM pertama aku. Ya, kali pertama juga di luar negara. Sukar dipercayai,” ujarnya.

Bagi Aghniny, penerimaan penonton terhadap Khadam membuatkan segala penat lelahnya sepanjang menjayakan filem itu terasa berbaloi.

“Penat lelah terbayar, tentu saja. Kebanggaan terbesar ialah apabila karya kita dapat diterima ramai dan saya sangat bersyukur. Saya pun tak tahu nak cakap apa. Saya kelu,” katanya sambil ketawa.

Mengulas perkembangan kerjayanya di Malaysia, Aghniny mendedahkan sudah menerima beberapa tawaran dan memberi bayangan bahawa salah satu daripadanya ialah filem aksi terbitan produksi tempatan.

“Ya, saya dapat beberapa tawaran. Mereka terpaksa menangguhkannya, tapi doakan saya. Saya bagi sedikit bayangan, ia sebuah filem aksi,” ujarnya.

Ketika dimaklumkan bahawa dia merupakan penerima pertama bagi anugerah berkenaan yang diperkenalkan pada edisi kali ini, Aghniny berkata dia hanya mengetahui perkara itu pada malam majlis.

“Sukar dipercayai. Pak Izham dan Kak Ayu tak cakap apa-apa. Mereka cuma mahu saya datang.

“Saya tak tahu. Kalau tahu, aku akan siapkan teks ucapan! Ya, kan?” katanya sambil ketawa.

Untuk rekod, Aghniny membawakan watak Melor dalam Khadam, seorang wanita yang terpaksa mewarisi saka keluarganya selepas kematian ibu. Filem arahan Shamyl Othman itu turut dinobatkan sebagai Filem Terbaik FFM35.

Anda mungkin berminat dengan

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

VIRTOK Shoupin首品 Hair Dye Full Set Free Tools & Developer Pewarna Rambut Hair Colour 染发剂流行色染发膏奶茶灰棕

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement