Skip to main content

Budaya Popular

“Bonus Untuk Saya Mempunyai Seseorang Yang Sangat…” – Hael Husaini Komen Dayang Nurfaizah

hael-dayang.jpg
Penyanyi Hael Husaini akui bersyukur kerana mempunyai seorang rakan yang sangat memahami seperti penyanyi Dayang Nurfaizah.
 
Menurut Hael, Dayang merupakan seorang rakan baik yang banyak membantu untuk memperbaiki dirinya dari segi kerjaya.
 
“Perasaan saya… Nak kata lebih daripada kawan artis itu ya. Sebab dia adalah seorang rakan artis yang paling saya rapat sekarang ini.
 
“Kami juga sering berkongsi macam-macam cerita tentang industri muzik terutamanya. Saya pun masih banyak lagi yang perlu diperbaiki dan dia adalah salah seorang insan yang sangat banyak membantu saya,” katanya kepada Gempak.
 
Hael ditemui pada majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) baru-baru ini.
 
Mengulas mengenai kemenanganya Bersama Dayang di ABPBH32, Hael berkata itu merupakan kenangan paling manis buat dirinya.
 
“Saya rasa ini adalah kali pertama saya menang ABPBH dan yang paling istimewanya kali ini saya menang dengan rakan duet saya, jadi ia begitu manis bagi saya.
 
“Selepas ini saya tetap akan bekerja dengan Dayang sebab bagi saya ini adalah bonus kerana mempunyai seseorang yang sangat profesional untuk bekerjasama,” ujarnya.
 
Terdahulu, Hael telah merangkul Anugerah bagi Kategori Kolaborasi/Duo/Berkumpulan bersama Dayang.

Must-Watch Video

Advertisement