Skip to main content

Selebriti

Olivia Dean Cipta Sejarah, Artis Pertama UK Diiktiraf Artis Terbaik Apple Music

Olivia Dean Cipta Sejarah, Artis Pertama UK Diiktiraf Artis Terbaik Apple Music

Sekilas

  • Olivia Dean menjadi artis pertama dari UK yang dianugerahkan Artist of the Year oleh Apple Music.
  • Album keduanya, The Art Of Loving, meraih status platinum berganda dan beberapa anugerah besar termasuk Grammy dan BRIT Awards.
  • Dean juga mencipta rekod dengan single Rein Me In yang kekal di tangga nombor satu UK selama 23 minggu.
Advertisement

Penyanyi kelahiran Tottenham, Olivia Dean, mencipta sejarah apabila muncul sebagai artis pertama dari United Kingdom (UK) yang menerima pengiktirafan Artist of the Year (Artis Terbaik Sepanjang Tahun) oleh Apple Music.

Pengiktirafan itu sekali gus melengkapkan perjalanan luar biasa penyanyi berusia 27 tahun berkenaan sepanjang tahun ini.

Advertisement

Album keduanya, The Art Of Loving, berjaya meraih status platinum berganda di UK, selain membawa pulang trofi Grammy bagi kategori Best New Artist serta empat anugerah BRIT termasuk anugerah paling berprestij, Album Of The Year.

Tidak cukup dengan itu, Dean turut mengadakan siri jelajah antarabangsa yang menyaksikan dia membuat persembahan selama empat malam berturut-turut di Madison Square Garden dan enam malam menerusi siri residensi di The O2, London.

Satu lagi pencapaian besar penyanyi itu menerusi kejayaan single Rein Me In, lagu yang dilancarkan pada 2025 dan ditulis bersama Dean, namun pertama kali dimuatkan dalam album People Watching nyanyian Sam Fender.

Advertisement

Lagu berkenaan mencipta rekod carta muzik di UK apabila menduduki tangga nombor satu selama 23 minggu  sebelum rekod itu berakhir pada September lalu, kira-kira 15 bulan selepas pelancarannya.

Kejayaan tersebut hadir selepas perjalanan seni yang bukan singkat buat Dean.

Penyanyi itu melancarkan single pertama pada 2018 sebelum menandatangani kontrak bersama Virgin/EMI pada 2019, sebelum dunia berdepan pandemik COVID-19.

Walaupun masih dianggap pendatang baharu oleh sebahagian peminat muzik, Dean sebenarnya sudah membuktikan kemampuan dan kerja kerasnya dalam industri muzik sejak beberapa tahun lalu.

Mengulas pengiktirafan tersebut, Dean berkata, muzik merupakan perkara paling bermakna dalam kehidupannya dan berasa cukup teruja apabila hasil karyanya mendapat perhatian serta pengiktirafan.

"Saya suka menghasilkan muzik. Ia perkara terbaik di dunia. Saya rasa pengiktirafan sebagai Artis Terbaik Apple Music benar-benar sesuatu yang menakjubkan.

"Diiktiraf sebagai seorang artis yang berjaya memberikan impak merupakan satu perkara yang cukup istimewa," katanya.

Sebagai penerima anugerah berkenaan, Dean turut bakal menerima trofi fizikal khas daripada Apple Music.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement