Skip to main content

Budaya Popular

"Cintailah Ibu Mu Lebih Dari Daddy Mencintai Ibu Mu Sayang" - Pesan Hafiz Mahamad

befunky-collage_454.jpg
Personaliti media sosial dan usahawan Hafiz Mahamad berkongsi fasa perkenalannya bersama isteri, Syafiqah Aina yang bermula dari tahun 2013.

Kata Hafiz dia terpaksa bekerja keras untuk menyakinkan Aina bahawasanya dia mampu untuk menjadi seorang peneman yang terbaik.

Perkongsian itu dibuat menerusi akaun Instagram (IG) miliknya.

"Fasa 1 selesai (Fasa percintaan kami berdua).

"1 May 2013 saya menjemput dia ke hati saya dan lemparkan harapan yang tinggi untuk masa depannya.

"Mampukah saya untuk menyakin dia yang diri saya ni boleh jadi peneman terbaik untuknya dan pengganti posisi ayahnya.

"Harapan dan janji bukan hanya dari air liur, adanya saya mengubah dia jadi wanita yang 'self confident' rendah menjadi tinggi.

"Adanya dia mengubah saya untuk menjadi lelaki yang terbaik untuk ibu dan abah saya.

"Saya bekerja keras untuk menghalalkan dan meyakinkan wanita ini untuk menjamin kehidupan seterusnya selesa dan bahagia.

"November 2017, saya amik dia dari ibu bapanya dan diberi tanggungjawab untuk menjaganya dari hujung rambut hingga hujung kaki.

"Harapan dan janji bukan hanya dari 'air liur'. Selepas berkahwin saya hadiahkan dia @ainaabeautyofficial untuk dia kenal penat perit pengorbanan membantu anak muda yang ada dan success, kami usaha bersama.

"Setelah saya dan dia kuat, Allah hantar hadiah yang paling bermakna.

"Cahaya mata ini datang pada August 2018, Allah sahaja tau syukurnya diri ini. 

"24 Jun 2019. Di labour room, saya melihat pengorbanan yang sangat besar oleh isteri saya perjuangkan.

"Seperti mana harapan dan janji saya berikan, 'takkan aku tinggal kau seorang untuk berjuang'.

"Fasa 2. @raisyaarisa bermulah chapter baru dalam hidup mummy dan daddy. 

"Daddy akan berikan harapan dan janj tapi bukan hanya dari 'air liur' daddy akan buktikan.

"Akan daddy taruhkan nyawa dan semangat untuk kamu berdua.

"Hanya 1 daddy minta, jadilah anak solehah dan kamu akan kenal besarnya pengorbanan ibumu "Cintailah ibu mu lebih dari daddy mencintai ibu mu sayang", tulisnya.

Menjengah ruangan komen, penceritaan ini telah membuatkan rata-rata pengikut Hafiz berasa sebak di samping mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan.

Hafiz dan Aina telah mendirikan rumah tangga pada 24 November 2017.

Pasangan ini baru sahaja menerima kedatangan cahaya mata, Raisya Arisa pada 25 Jun lalu.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Fasa 1 selesai (Fasa Percintaan kami Berdua) 1 May 2013 saya menjemput dia ke hati saya & lemparkan harapan yg tinggi untuk masa depannya. Mampukah saya untuk meyakin dia yg diri saya ni boleh jd peneman terbaik untuknya & pengganti terbaik posisi ayahnya Harapan & janji bukan hanya dari air liur, adanya saya mengubah dia jadi wanita yg “self confident” rendah menjadi tinggi. Adanya dia mengubah saya untuk menjadi lelaki yg terbaik untuk ibu & abah saya Saya bekerja keras untuk menghalalkan & meyakinkan wanita ini, untuk menjamin kehidupan seterusnya selesa & bahagia. November 2017, saya amik dia dari ibu bapanya & diberi tanggungjawab untuk menjaganya dari hujung rambut hingga hujung kaki Harapan & janji bukan hanya dari “Air Liur” Selepas berkahwin, Saya hadiahkan dia @ainaabeautyofficial untuk dia kenal penat perit pengorbanan membantu anakmuda yg ada & success, kami usaha bersama Setelah saya & dia kuat, Allah hantar hadiah yg paling bermakna. Cahaya mata ini datang pada August 2018, Allah sahaja tau syukurnya diri ini 24 Jun 2019. Di labour room, saya melihat pengorbanan yg sangat besar oleh isteri saya perjuangkan. Seperti mana harapan & janji saya berikan, “Takkan aku tinggal kau sorang untuk berjuang” Fasa 2 @Raisyaarisa bermulalah chapter baru dalam hidup mummy & daddy. Daddy akan berikan harapan & janji tapi bukan hanya dari “air liur” daddy akan buktikan Akan daddy taruhkan nyawa & semangat untuk kamu berdua. Hanya 1 daddy minta, jadilah anak solehah & kamu akan kenal besarnya pengorbanan ibumu “Cintailah ibu mu lebih dari daddy mencintai ibu mu sayang”

A post shared by Hafiz Mahamad (@hafizmahamad) on

Must-Watch Video

Advertisement