Skip to main content

Selebriti

Jangan Pelihara Haiwan Hanya Sebab FOMO, Barsena Bestandhi; "Mereka Juga Makhluk Hidup..."

Jangan Pelihara Haiwan Hanya Sebab FOMO, Barsena Bestandhi; "Mereka Juga Makhluk Hidup..."

Sekilas

  • Barsena Bestandhi menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan haiwan peliharaan mereka dengan alasan tidak munasabah seperti pindah rumah atau ibu mengandung.
  • Beliau menegur pemilik yang meninggalkan haiwan tua dan sakit, kemudian memuat naik gambar haiwan baru yang lebih muda dan comel di media sosial.
  • Barsena mengingatkan bahawa memelihara haiwan memerlukan komitmen dan tanggungjawab, bukan sekadar ikut trend atau FOMO, kerana haiwan juga makhluk hidup yang perlu dijaga sampai akhir hayat.
Advertisement

Penyanyi Indonesia, Barsena Bestandhi menasihati orang ramai supaya tidak menyerahkan haiwan peliharaan kepada orang lain dengan alasan yang tidak munasabah.

Menerusi perkongsian di Threads, Barsena berkata dia sering melihat pemilik menyerahkan haiwan peliharaan mereka yang berada dalam keadaan tidak sihat.

Advertisement

“Selalu sangat orang serahkan kucing kepada orang lain dengan alasan nak pindah rumah, tak boleh bawa pet, ada ibu mengandung dan macam-macam lagi.

“Kucing-kucing yang diserahkan tu pula dah tua, kurus, ada yang dah kena katarak sampai hampir buta,” tulisnya.

Lebih menyedihkan, ada pemilik yang kemudian memuat naik gambar haiwan peliharaan baharu yang lebih muda dan comel di media sosial.

Advertisement

“Tapi beberapa minggu kemudian, pemilik lama tu mula update haiwan baru dekat media sosial. Kucing yang lebih muda dan comel. Ada juga yang dah bertukar pelihara anjing.

“Aku cuma mampu tengok kucing-kucing yang mereka serahkan tu dengan mata berkaca. Sini, anak-anak. Ayah akan sayang korang sampai tiba masanya Allah jemput,” ujarnya.

Pelantun lagu Seperti Laut Kepada Langit itu turut mengingatkan orang ramai supaya tidak memelihara haiwan hanya kerana mengikut trend atau  FOMO (Fear of Missing Out).

Menurutnya, memelihara haiwan bukan sekadar fizikal dan luaran semata-mata, sebaliknya memerlukan komitmen dan tanggungjawab yang besar.

“Kesimpulannya, jangan ambil haiwan peliharaan sesuka hati hanya sebab FOMO atau sebab nampak comel. Memelihara haiwan ni satu komitmen yang besar. Mereka makhluk hidup, ada nyawa, ada perasaan.

“Jagalah mereka sampai akhir hayat. Semua yang bernyawa akan menua, dan tak selamanya mereka akan kekal comel seperti waktu muda,” kongsinya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement