HIBURAN
"Dah Ready Ke Tu Zira Ayub?" - Nabil Macam Dah Tak Sabar Dah Nak Tunggu
Pelakon, pengacara, pelawak dan kini penyanyi, Nabil Ahmad seolah-olah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata ketiga.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil bin Ahmad berkahwin dengan Nazirah Ayub pada tahun 2011 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata.
Kedua-dua cahaya mata mereka adalah perempuan, Nayla Mikayla, 7, dan Leyla Medina, 4 tahun.
"Sorang 7 sorang 4. Tak lama lagi baby pulak. Lama betul rehat. Dah ready ke tu Zira Ayub?" usik Nabil buat isteri di salah satu entri di Instagramnya.

Menurut satu kenyataan Nabil di Hlive, dia dan isteri juga tidak mahu tahu jantina cahaya mata ketiganya nanti.
(Baca: “Saya Tak Mahu Tahu Jantina Bayi Ketiga Ini Kerana…”- Nabil Ahmad)

Walaupun teringinkan anak lelaki, tetapi apapun jantina cahaya mata yang bakal lahir nanti, Nabil dan Zira tetap gembira dan berharap cahaya mata mereka sihat dan sempurna.
Kredit Gambar: Instagram
Must-Watch Video