Skip to main content

Selebriti

Dian P. Ramlee Terkilan Pelakon Veteran Dipandang Rendah - “Kalau Boleh, Perjuangkanlah Bayaran Mereka”

Dian P. Ramlee Terkilan Pelakon Veteran Dipandang Rendah - “Kalau Boleh, Perjuangkanlah Bayaran Mereka”

Sekilas

  • Dian P. Ramlee meluahkan rasa terkilan kerana pelakon veteran sering dipandang remeh dan ditawarkan bayaran tidak setimpal dengan pengalaman mereka.
  • Dian menegaskan pelakon veteran memudahkan kerja produksi kerana sudah mahir membawa watak walaupun skrip diberikan saat akhir.
  • Dian berharap pihak produksi lebih menghargai pelakon veteran dengan menawarkan bayaran sewajarnya dan membuka ruang untuk mereka terus berkarya.
Advertisement

Pelakon, Dian P. Ramlee meluahkan rasa terkilan apabila pengalaman dan kredibiliti pelakon veteran seolah-olah dipandang remeh oleh segelintir pihak produksi, terutama apabila mereka ditawarkan bayaran yang tidak setimpal dengan khidmat serta pengalaman dimiliki.

Menurut Dian, 68, pengalaman puluhan tahun dalam industri lakonan sepatutnya menjadi kelebihan buat pelakon veteran, lebih-lebih lagi apabila mereka mempunyai kemampuan untuk menghidupkan pelbagai karakter tanpa memerlukan tunjuk ajar yang terperinci.

Advertisement

“Kadang-kadang saya sendiri rasa seperti tidak mempunyai nilai. Kita ini pelakon lama. Walaupun watak yang dibawakan tidak banyak dan sekadar penampilan khas.

“Kadang-kadang ada pelakon baharu yang terus mendapat watak utama sebagai hero atau heroin memandang kita dengan cara tertentu.

“Bukan semua pelakon baharu begitu, tetapi kadang-kadang kita terasa. Jangan hanya bercakap mengenai bayaran kerana dalam soal layanan pun kita terasa.

Advertisement

“Dari segi bayaran, memang itu sentiasa menjadi isu utama bagi pelakon veteran. Ada pihak merasakan tidak berbaloi membayar kami, sedangkan mereka silap.

“Kamilah yang memudahkan kerja mereka. Berikan apa sahaja naskhah, kami sudah tahu bagaimana hendak membawakan watak tersebut.

“Kadang-kadang skrip pun belum ada, sampai di set baru diberikan skrip dan diterangkan mengenai karakter.

“Tetapi ada pula yang beranggapan, bayar sedikit pun kami akan terima kerana tidak ada duit. Kami juga manusia dan mempunyai perasaan,” katanya.

Dian berkata demikian ketika ditemui di majlis ‘Watch Party drama Suamiku Anak Mak’ pada Khamis.

Bagaimanapun, Dian mengakui soal bayaran bukan perkara pertama yang dititikberatkannya setiap kali menerima tawaran lakonan.

“Sejak dahulu sehingga sekarang, perkara terakhir yang saya akan tanya adalah mengenai bayaran. Kalau saya rasa bayarannya berbaloi, saya akan terima. Kalau terlalu sedikit, saya akan minta mereka naikkan sedikit.

“Dahulu, saya banyak membantu pengurus produksi yang baru hendak meningkat naik. Kalau mereka mempunyai kekangan bajet dan memerlukan khidmat saya untuk satu hari penggambaran, saya boleh bertolak ansur.

“Namun, sekarang kalau rendah pun, kita tengok serendah mana. Kalau terlalu rendah, saya tidak mahu.

“Pihak produksi sudah ada bajet masing-masing dan kita sebagai pelakon veteran pun sudah tahu kadar bayaran harian,” kongsinya.

Tambah Dian lagi, dia berharap pihak produksi dapat memperjuangkan kebajikan golongan tersebut dengan membuka ruang kepada mereka untuk terus berkarya, selain menawarkan bayaran yang sewajarnya.

“Kadang-kadang saya kasihan melihat pelakon veteran yang lebih tua daripada saya. Saya tahu bagaimana kehidupan mereka.

“Ada yang sudah tidak mendapat tawaran lakonan. Apa salahnya kalau ada satu tawaran, panggillah mereka dan berikan bayaran.

“Bukannya rugi pun. Sekurang-kurangnya, buatlah mereka berasa dihargai. Sejak dahulu lagi kita banyak membantu pihak produksi.

“Kalau boleh, perjuangkanlah juga bayaran mereka. Kita sama-sama bekerja dalam industri ini,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Shawl Cotton Jersey Ironless Sejuk Lembut Jahitan Baby Seam

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Jifang Hot Sale Retro Vintage Tie-dye Colorful Painting Cotton Polyester Shawl Long Pashmina Shawl Head Scarf Shawls Muslim Hijabs Tudung FX01

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Syria Lycra | Tudung Instant | 1.0 | Size S, M + L | Sekali Free Inner | Warna Baru |

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement