Sekilas
- Azeva mencuri perhatian wargamaya dengan solekan glamor hasil sentuhan jurusolek profesional Azmier Hisyamuqris yang menggunakan teknik ‘jahit mata’ popular dari Indonesia.
- Azmier sudah lama mengidam untuk menyolek Azeva dan mengakui teknik solekan tersebut memerlukan masa satu hingga dua jam untuk disiapkan.
- Penampilan Azeva yang lengkap dengan solekan dramatik dan busana satin biru lembut mendapat pujian wargamaya yang menyamakan kecantikannya dengan peserta ratu cantik.
Penampilan memukau Azeva dengan sentuhan solekan glamor mencuri perhatian wargamaya sehingga ada yang menyamakan kecantikannya dengan peserta pertandingan ratu cantik.
Di sebalik penampilan tersebut, jurusolek profesional tanah air, Azmier Hisyamuqris, 33, mendedahkan sudah lama menyimpan hasrat untuk menatarias wajah Azeva.
Menurut Azmier, Azeva merupakan antara bintang yang berada dalam senarai selebriti impiannya untuk disolek sepanjang bergelar jurusolek.
“Sangat bersyukur sebab Azeva antara bintang yang ‘ada dalam list saya’. Saya sudah lama menunggu Azeva panggil makeup.
“Azeva terlalu cantik di mata saya dan teknik makeup tersebut adalah teknik yang saya pernah belajar empat tahun lalu di Jakarta, Indonesia,” katanya kepada Gempak.
Menariknya, Azmier menggunakan teknik solekan yang dikenali sebagai ‘jahit mata’, iaitu teknik yang cukup popular dalam kalangan jurusolek di Indonesia.
Bagaimanapun, menurut Azmier, dia jarang menggunakan teknik berkenaan terhadap pelanggannya kerana proses solekan tersebut mengambil masa yang agak lama untuk disiapkan.
“Teknik jahit mata ini sangat popular di Indonesia dan saya jarang sekali buat untuk client saya kerana mengambil masa selama satu atau dua jam menyiapkannya,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjengah ruangan komen di media sosial, beberapa wargamaya turut memuji hasil sentuhan Azmier yang menyerlahkan kecantikan Azeva.
“Level international dah makeup look gini, princess so gorgeous.”
“Azeva ni kecantikan dia level-level peserta ratu cantik,” demikian antara komen wargamaya.


Padanan solekan mata dramatik, rona bibir nude berkilat serta gaya rambut hitam beralun melengkapkan penampilan elegan Azeva yang mengenakan busana satin rona biru lembut.