Skip to main content

Budaya Popular

“Dia Balas La Pulak” – Hael Husaini Tak Sangka Dua Lipa Balas Ucapan I Love You

hael-dua-lipa.jpg
Penyanyi, Hael Husaini tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila artis Hollywood terkenal, Dua Lipa membalas ucapan “I Love You’nya.
 
Hael berkongsi momen indah itu menerusi sepotong video di akaun Instagramnya hari ini.
 
“Dia balas la pulak ehekk, @dualipa” tulisnya ringkas.
 
Video tersebut merakamkan Dua Lipa berada di atas tangga bergerak (escalator) untuk turun ke bawah sebelum Hael yang berada di bahagian atas mengucapkan “I love you so much” kepadanya.
 
Tanpa diduga, Dua Lipa yang mendengar ucapan Hael itu terus membalas “All my love to you” dan memberikan ‘flaying kiss’ kepada Hael.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Dia balas la pulak ehekk ?☺️ @dualipa . . #Lazada7Birthday #MYLazada7Birthday #LAZADASUPERPAR7Y #haelhusaini #haelers

A post shared by HAEL (@haelhusaini) on

 
“Kemainnnnn tangkap eh hahahahahahahahahahaha,” komen @wanyhasrita
 
Reaksi Hael epic menyambut ‘ciuman’ Dua Lipa itu membuatkan peminatnya geli hati selain memberikan komen mengusik buat penyanyi lagu Haram itu.
 
“Hahahahaha orangg kat belakang Dua Lipa tuh mesti nyirap gila, tengok muke pon tauu AHAHAHAAHAHA” komen @cipaabeila.
 
“@haelhusaini you tangkap ke you hancurkan hati dia,” tulis @miyo_031
 
“Dua Lipa terkejut terus berhenti lambai. Takut die,” usik @atilia_hanifah
 
Terdahulu, Dua Lipa dan Hael ke hadir ke Jakarta untuk membuat persembahan sempena majlis hari jadi platform membeli-belah online, Lazada yang ke tujuh.
 
Foto: Instagram @haelhusaini
 

Advertisement

Must-Watch Video