HIBURAN
"Dua Hari Menangis Tak Henti" - Peminat Mengaku Nak Bunuh Diri, Mujur Faizal Tahir Sempat ...
Tindakan pantas Faizal Tahir mendedahkan nombor telefon peribadinya di laman media Instagram telah berjaya menyelamatkan nyawa seorang peminat yang berniat membunuh diri.
Insiden mengejutkan itu didedahkan Faizal menerusi kemas kini di Instagramnya baru-baru ini.
“Saya secara rawaknya telah memilih beberapa orang peminat untuk dihubungi dengan membuat panggilan video. Selain menjawab soalan, saya juga menyanyi untuk peminat.
“Namun, perkara yang menarik perhatian adalah sehari selepas panggilan video itu dibuat seorang peminat telah menghantar paparan skrin statusnya yang dimuat naik dalam Twitter.
“Dalam status tersebut peminat itu menulis dia mempunyai niat untuk membunuh diri sebelum saya menghubunginya. Panggilan telefon daripada saya telah memberi semangat kepadanya untuk terus kuat,” katanya.
Faizal juga melahirkan rasa bersyukur dan mengatakan bahawa inilah kekuatan muzik dan ini adalah antara sebab beliau masih meneruskan kerjaya muziknya.
Paling penting, mesej yang ingin disampaikan dalam lagu Bisa Aja dapat memberi manfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Must-Watch Video