Skip to main content

Selebriti

Sedar Diri Badan Berisi, Janna Nick Nekad Kurus Dalam Tempoh 90 Hari - “Netizen Tak Perlu Susah Payah Cakap Kita Gemuk”

Sedar Diri Badan Berisi, Janna Nick Nekad Kurus Dalam Tempoh 90 Hari - “Netizen Tak Perlu Susah Payah Cakap Kita Gemuk”

Sekilas

  • Janna Nick nekad untuk turunkan berat badan dalam tempoh 90 hari demi keyakinan diri dan penampilan yang lebih kemas.
  • Pelakon itu sedar tentang perubahan bentuk badannya tanpa perlu kritikan dari orang lain kerana dia sendiri sudah ada kesedaran tersebut.
  • Janna kini menjadi duta rasmi program Turun KG yang bermula 1 Disember 2026, menawarkan cabaran pengurusan berat badan selama 90 hari kepada rakyat Malaysia.
Advertisement

Menyedari keadaan dirinya yang kelihatan berisi, pelakon dan pengacara Janna Nick memberitahu dia kini nekad untuk menurunkan berat badannya dalam tempoh 90 hari.

Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, dia tidak memerlukan orang lain untuk mengkritik bentuk badannya memandangkan dirinya sendiri sudah mempunyai kesedaran.

Advertisement

“Sebagai seorang wanita, apabila kita mula berasa tidak seronok untuk mengenakan pakaian, sebenarnya kita dah tak memerlukan orang lain untuk mengecam kita.

“Orang tidak perlu mengatakan, ‘gemuklah, kuruslah sedikit’. Tidak perlu kerana kita sendiri sedar akan keadaan diri. Kita tidak berilusi. Apabila melihat cermin atau mencuba pakaian, kita sendiri mempunyai kesedaran itu.


“Contohnya, apabila melihat pakaian yang cantik pada patung tetapi selepas memakainya, kita tertanya-tanya mengapa kita kelihatan gemuk atau lengan nampak besar.

“Kita sudah mempunyai kesedaran sendiri. Netizen tidak perlu bersusah payah datang dan memberitahu kita gemuk,” kata Janna kepada Gempak.

Advertisement

Janna berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pengumuman dirinya sebagai duta rasmi 3Days x  Turun KG season 2 di Hotel Le Meridien Putrajaya, pada Selasa.

Dalam pada itu, pelakon berusia 31 tahun ini juga mengatakan keputusan untuk menurunkan berat badan kerana mahu kelihatan cantik dan mempunyai keyakinan diri.

“Sekarang ini bukan lagi mengenai suami saya atau usaha mendapatkan zuriat. Sekarang ini adalah mengenai diri saya sendiri.


“Saya mahu melakukannya untuk diri dan keyakinan saya. Saya mahu kelihatan cantik, lebih kemas dan yakin apabila mengenakan pakaian.

“Saya mahu mempunyai keyakinan terhadap diri sendiri. Segala yang saya lakukan sekarang adalah untuk diri saya, bukan untuk suami,” ujarnya.

Janna kini sertai program Turun KG yang dilancarkan oleh Masha Group Sdn Bhd selama 90 hari bermula hari ini, 24 November.

Bersempena pelantikan Janna Nick sebagai Duta Rasmi, Masha Group Sdn Bhd turut mengumumkan pelancaran 3Days * Turun KG Season 2 - 90 Days Challenge, yang akan bermula pada 1 Disember 2026 dengan acara kemuncak dijadualkan pada 1 Mac 2027.

Cabaran ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang ingin memulakan perjalanan pengurusan berat badan dengan pendekatan yang lebih tersusun melalui pemakanan, aktiviti kecergasan dan pemantauan kemajuan diri.

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement