Skip to main content

Hiburan

Wawa Zainal Dakwa Anak Pernah Dikasari Di Sekolah - “Saya Rasa Dah Tak Boleh…”

Wawa Zainal Dakwa Anak Pernah Dikasari Di Sekolah - “Saya Rasa Dah Tak Boleh…”

Sekilas

  • Pelakon Wawa Zainal berkongsi pengalaman anaknya yang didakwa pernah menjadi mangsa perbuatan kasar rakan sekelas di sekolah.
  • Wawa mendedahkan anaknya pernah ditumbuk dan dipulas tangan oleh rakan, namun suaminya, Aeril Zafrel, menganggapnya sebagai gurauan budak-budak.
  • Wawa kini tidak mahu berdiam diri selepas anaknya dituduh melakukan sesuatu yang tidak dilakukannya, dan mendapat sokongan netizen untuk ambil tindakan.
Advertisement

Pelakon, Wawa Zainal berkongsi satu pengalaman melibatkan anaknya yang didakwa pernah berdepan mangsa perbuatan kasar rakan sekelas di sekolah.

Dakwa Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, anaknya pernah mengadu pernah ditumbuk serta dipulas di bahagian tangan oleh rakan di sekolahnya.

Advertisement

“Sebelum ini anak saya pernah cerita kawan sekelas dia pernah tumbuk dan pulas tangan dia,” kongsi Wawa menerusi Threads.

Wawa memaklumkan dia kemudiannya memaklumkan perkara tersebut kepada suaminya yang juga pelakon, Aeril Zafrel.

Walau bagaimanapun Aeril pada ketika itu hanya beranggapan perbuatan tersebut mungkin merupakan gurauan sesama rakan.

Advertisement

“Saya cerita balik dekat ayah dia. Tapi ayah dia respon waktu itu, ’Biasalah budak-budak bergurau. Lagipun biarlah dia (anak) hadap sebab dunia ini keras.

“Kalau manjakan sangat nanti macam-macam lagi dia kena hadap di masa hadapan. Selagi dia tak ada rasa sakit, lebam atau luka mungkin itu gurauan kawan-kawan,” tambahnya.

Namun begitu, Wawa memaklumkan dia kini tidak lagi mahu berdiam diri selepas mendakwa anaknya berdepan situasi tersebut sekali lagi di sekolah baru-baru ini.

Dakwa pelakon filem Longkai tersebut, terbaharu, anaknya telah dituduh melakukan sesuatu perkara yang sebenarnya tidak dilakukan.

“Tapi hari ini, bila anak saya cerita dia dituduh buat sesuatu yang dia tak buat, saya rasa saya sudah tak boleh diam!” ujarnya.

Hantaran tersebut kemudiannya menerima reaksi netizen yang meminta Wawa untuk mengambil tindakan dan tidak memandang ringan perkara yang berlaku.

Untuk rekod, Wawa mendirikan rumah tangga bersama Aeril pada 2013. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, Ayya Soffya dan Muhammad Fahri.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement