Skip to main content

Hiburan

GV Fantasia: “Saya Tak Menangis Sebab Nampak…” - Farah Anuar

Farah Anuar

Sekilas

  • Persembahan Farah Diana Anuar di Gegar Vaganza Fantasia minggu ketiga menarik perhatian ramai dan mengimbau kenangan lama Akademi Fantasia.
  • Farah terharu melihat sokongan daripada rakan industri dan mengenang jasa guru serta insan tersayang yang telah tiada.
  • GV Fantasia musim ini menampilkan juara dan alumni AF dengan hos popular serta juri berpengalaman, disiarkan setiap Ahad di Astro Ria dan boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Persembahan penyanyi Farah Diana Anuar pada minggu ketiga Gegar Vaganza Fantasia (GVF) pada Ahad lalu menerusi lagu Tangisan Dalam Kerinduan meraih perhatian. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran di Threads, seorang individu meluahkan rasa sebak apabila melihat persembahan Farah selain mengimbau kenangan menonton Akademi Fantasia setiap hari. 

 

“Tengok @farahdianaanuar menyanyi ni rasa sedih la. Mengimbau zaman-zaman sekolah dulu tengok AF, undi SMS, tiap hari tengok diary, ulangan diary pukul 12 malam, tengok channel @15 trowback nya 😭😭😭,” tulisnya. 

Advertisement

 

Farah bagaimanapun menjelaskan dia terharu melihat beberapa individu yang menaikkan namanya dalam industri hadir pada malam itu. 

 

“Saya doa, saya tak menangis sebab nampak ramai sangat PR & manager Maestro yang banyak naikkan nama Farah 😭 terkenang jasa semua ❤️ 

 

“Moga Allah ampunkan segala dosa cikgu Adnan, tempatkanlah Allahyarham di syurgaMu Aamiinn YRA 🤲🏽,” balasnya. 

 

Untuk info, GV Fantasia musim ini menampilkan himpunan juara serta alumni program Akademi Fantasia termasuk Mawi, Vince, Faizal, Shahir, Mila Jirin, Stacy, Zahid, Faizul Sany dan Firman Bansir.

 

Empat alumni Akademi Fantasia (AF) iaitu Farah AF2, Felix AF3, Akim AF7, dan Ara Johari (AF2016) turut menjadi bintang sama-sama berentap di pentas GV Fantasia. 

 

Menambahkan lagi keterujaan musim ini, GV13 digerakkan oleh trio hos kegemaran ramai iaitu Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Sherry Alhadad.

 

Sementara itu, barisan juri pula masih mengekalkan tiga nama besar yang cukup dihormati dalam industri muzik, iaitu Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

 

Manakala Celcom Digi pula merupakan penaja rasmi Gegar Vaganza Fantasia. Terima kasih diucapkan kepada penaja kerana terus bekerjasama dengan Gegar Vaganza.

 

Berlangsung selama 11 minggu, ‘GV13’ bersiaran setiap Ahad, 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

 

Program ini turut boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan Sooka.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

BLANK PERFUME CAR FRESHENER 🔥ORIGINAL🔥 READY STOCK Manees Car Perfume QISH PARFUM QIS

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

SKINTIFIC Cover Perfect Pink Glow Cushion

SKINTIFIC Cover Perfect Pink Glow Cushion

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

Maybelline Super Stay Vinyl Ink Transfer Proof Shine Longwear Lipstick - 16H Longwear Longlasting, Glossy, Instant Shine

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement