Skip to main content

Budaya Popular

Elfira Loy Selamat Lahirkan Bayi Sulung, Tahniah!

elfira-bersalin.jpg
Tahniah diucapkan kepada pelakon, Elfira Loy yang bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya hari ini (Selasa).

Berita gembira tersebut dikongsi Elfira menerusi laman sosial Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi.

Elfira turut menulis kapsyen yang ringkas tetapi bermakna pada foto suami dan permata hati mereka itu.

“Syukur, Alhamdulillah…1.10.19,” tulisnya.

Foto tersebut juga telah dilihat lebih 600,000 kali dan dihujani lebih 10,000 komen yang ditinggalkan warga net termasuk rakan-rakan artis.

Difahamkan, bayi sulungnya itu dilahirkan di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan.

Elfira Loy, 25, berkahwin dengan Khairol Faris Anuar  pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.
 Tahniah diucapkan kepada pelakon, Elfira Loy yang bergelar ibu selepas selamat melahirkan bayi sulungnya hari ini (Selasa). Berita gembira tersebut dikongsi Elfira menerusi laman sosial Instagramnya kira-kira jam 6 petang tadi. Elfira turut menulis kapsyen yang ringkas tetapi bermakna pada foto suami dan permata hati mereka itu. “Syukur, Alhamdulillah…1.10.19,” tulisnya. Foto tersebut juga telah dilihat lebih 600,000 kali dan dihujani lebih 10,000 komen yang ditinggalkan warga net termasuk rakan-rakan artis. Difahamkan, bayi sulungnya itu dilahirkan di Andorra Women and Children Hospital di Seri Kembangan. ​ Elfira Loy, 25, berkahwin dengan Khairol Faris Anuar  pada 1 Januari lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement