Skip to main content

Budaya Popular

Faizal Tahir Ambil Masa 5 Tahun Untuk....

ft_ratu.jpg
Sememangnya karya dari penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir amat dinantikan oleh peminat.

Sejak seminggu yang lalu Faizal sudah mula memberikan 'teaser' kepada peminat dengan lagu terbarunya menerusi laman sosial.

Apatah lagi bila diacah dangan sebuah video demo yang dimuatnaik ke saluran YouTube Faizal Tahir pada 17 Jun yang lalu.

Akhirnya, single terbaharu Faizal yang berjudul Ratu dilancarkan secara rasmi pada 21 Jun lalu.


Faizal mengambil masa selama lima tahun untuk menyiapkan lagu ini dan menukar gubahan muzik sebanyak enam kali... Ia juga merupakan balada pertama selepas dua tahun.

Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik. 
Kali ini, Ratu menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Liriknya pula berkisar tentang luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.

Ratu merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage. Ratu diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 21 Jun lalu.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement