Pelakon Faye Kusairi mengagumi bakat dan kualiti lakonan dua pelakon kegemarannya iaitu Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani.
Menurut Faye, dua Tiz dan Lisa mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang kekuatan sesuatu watak yang diterima.
"Saya kagum dengan kualiti lakonan Tiz Zaqyah dan Lisa Surihani, bukan sekadar mereka lebih senior dari saya, tetapi mereka punyai keistimewaan tersendiri.
"Bagi saya, dua pelakon ini mempunyai pengetahuan mendalam tentang sesuatu watak yang diterima.
"Jika kita lihat, mereka tahu bagaimana cara untuk mengembangkan watak, itu kerana perjalanan watak itu sudah dirancang sebaiknya," katanya kepada Gempak.
Tambah Faye, dia juga mengimpikan satu watak yang membolehkan dia berbuat demikian.
"Untuk diri saya, sudah semestinya saya juga mahu watak yang 'well planned' kerana ia mempunyai kekuatan dan hala tuju tersendiri dalam sesebuah drama," tambahnya.
Namun begitu, pelakon berusia 33 tahun ini akui tidak memilih watak yang diberikan kepadanya.
"Walaubagaimanapun, saya sebenarnya tidak memilih watak, saya akan terima sahaja pelbagai watak yang ditawarkan kepada saya," tuturnya menutup bicara.