gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
GAYA HIDUP
#FinancialFaiz: Duit Ketika Belajar Bukan Untuk Hari Tua
HIBURAN
Aliff Syukri Bantu Aiman Tak Kisah Cari Rezeki, Beri Peluang Jadi Host - “Hanya Lelaki Bergelar Suami & Ayah Sahaja Faham Apa Dia Rasa”
HIBURAN
Gagal ‘Battle’ Tiket Konsert Inteam, Peminat Minta Hari Kedua - “Please Buat, Saya Kempunan Sebab…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Fedi Nuril Akui Berbincang Dengan Isteri Sebelum Berlakon SYTD 2

gempak
Mya Amri
01/03/2017
08:36 MYT
Sponsor Banner
Fedi Nuril Akui Berbincang Dengan Isteri Sebelum Berlakon SYTD 2
Pelakon Indonesia, Fedi Nuril akui berbincang dengan isteri tentang watak yang dibawanya sebaik sahaja menerima tawaran berlakon filem Surga Yang Tak Dirindukan 2 (SYTD 2).
Menurut Fedi, 34, isterinya memahami dan tidak mempunyai sebarang masalah kerana dia sudah membawakan watak tersebut sejak sebelum berkahwin lagi.
“Saya tahu isu poligami agak sensitif dan memandangkan saya telah berkahwin, memang saya ada berbincang dengan isteri mengenai watak saya sebagai Mas Pras.
“Isteri saya sangat positif dan dia tidak mempunyai sebarang masalah dengan tawaran tersebut kerana itu semua hanyalah lakonan.
“Walaupun isteri tidak terlibat dalam bidang seni namun dia cukup memahami tuntutan kerjaya saya sebagai seorang pelakon.
“Selain itu, isteri saya juga sudah mengenali Bella dan Ralin Shah,” katanya ketika ditemui Astro Gempak.
Mengulas mengenai SYTD 2, Fedi memberitahu dia berasa gembira kerana filem tersebut mendapat sambutan di Malaysia.
“Saya rasa terharu dan gembira melihat sambutan yang diberikan oleh penonton di Malaysia terhadap filem ini.
“Tak rugi menonton kerana SYTD dua kali ini jalan ceritanya lebih menarik dan mendalam sehingga mampu membuatkan penonton menangis,” ujarnya.
Selain Fedi, filem SYTD 2 turut dibintangi oleh Laudya Cynthia Bella, Raline Shah, Reza Rahadian dan Nora Danish.
Filem arahan pengarah terkenal Hanung Bramantyo itu telah ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 16 Februari lalu.
Teks oleh: Mya Amri
Topic Berkaitan
Must-Watch Video