Skip to main content

Selebriti

Hormat Datang Pelbagai Arah, Ezzanie Jasny Pesan Jangan Ambil Kesempatan Terhadap Pembantu Peribadi - “Orang Sangat Kurang Ajar…”

Hormat Datang Pelbagai Arah, Ezzanie Jasny Pesan Jangan Ambil Kesempatan Terhadap Pembantu Peribadi - “Orang Sangat Kurang Ajar…”

Sekilas

  • Pelakon Ezzanie Jasny menegur individu yang mengambil kesempatan terhadap pembantu peribadinya dengan membebankan mereka kerja yang bukan tanggungjawab mereka.
  • Beliau menegaskan pembantu peribadi sepatutnya fokus menjaga orang yang diutuskan dan tidak perlu dipaksa melakukan kerja lain.
  • Ezzanie menjelaskan pengalaman ini adalah dari masa lalu dan tidak berkaitan dengan pembantu peribadinya sekarang, serta tidak akan bertoleransi dengan sikap kurang ajar terhadap pembantunya.
Advertisement

Pelakon, Ezzanie Jasny meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan segelintir individu yang mengambil kesempatan terhadap pembantu peribadinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Ezzanie meminta orang ramai untuk tidak membebankan pembantu peribadinya dengan kerja yang tiada kaitan dengan mereka.

Advertisement

Menurutnya, pembantu peribadinya itu sering berusaha melakukan pelbagai cara untuk membantu perkara yang bukan menjadi tanggungjawabnya.

“Saya setuju. Biarkan mereka buat kerja mereka tanpa menyukarkan mereka. Kadangkala PA kena keluar dari cara mereka untuk membantu perkara yang bukan tanggungjawab dia, hanya kerana dia cuba untuk membantu.

“Keutamaan kerja mereka adalah untuk menjaga orang yang dia diutuskan, bukan kerja untuk buat kerja orang lain. Jadi, tolong jangan ambil kesempatan atas kebaikan mereka atau terlalu selesa. Hormat itu datang dengan pelbagai arah,”katanya.

Advertisement

Dalam masa sama, Ezzanie menegaskan dia tidak akan sama sekali bertoleransi dengan mana-mana individu yang berbuat sedemikian pada pembantunya itu.

Malah, dia turut menjelaskan perkongsian tersebut tiada kaitan dengan pekerjaan mahupun pembantu peribadinya sekarang, sebaliknya hanyalah pengalaman lama yang perlu dijadikan iktibar buat orang ramai.

“Sekadar penjelasan, ini tidak berkaitan dengan persekitaran pekerjaan saya sekarang atau dengan sesiapa saya sedang bekerja sekarang. Saya bercakap mengenai pengalaman lama saya.

“Saya dah hadap situasi dimana orang sangat kurang ajar dengan PA saya dan saya tidak boleh bertoleransi dengan perkara itu,”tegasnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement