HIBURAN
“Gembira Ke Kahwin Dulu Berbanding Abang Yang Lain?” – Lee Hong Ki
Vokalis FT ISLAND, Lee Hong Ki mengucapkan tahniah kepada anggota termuda kumpulan itu, Choi Minhwan yang bakal berkahwin tidak lama lagi.
Menerusi akaun Instagramnya @skullhong12, Hong Ki mendoakan agar Min Hwan bahagia bersama tunangnya yang merupakan bekas anggota kumpulan LABOUM, Yulhee.
“Adik kami, Choi Minari bakal berkahwin! Tahniah, berita ini sungguh mengagumkan. Saya mendoakan semoga kamu dan pasangan hidup gembira dan bahagia selamanya.
“Gembira ke kamu dapat berkahwin dulu berbanding abang-abang yang lain? Lihat wajah Jong Hun, hahah.
“Tahniah dan selamat mendirikan rumah tangga. Saya pun teringin juga untuk berkahwin!,” tulisnya.
Dalam pada itu, Hong Ki juga memohon supaya peminat menerima berita baik itu dengan hati terbuka dan mendoakan pasangan berkenaan.
“Mungkin ada antara kamu yang masih terkejut dengan pengumuman yang dilakukan oleh Minhwan.
“Sejujurnya, Minhwan lebih risaukan tentang kamu semua. Dia berjanji akan memberikan hadiah istimewa buat peminat dengan menghasilkan muzik yang lebih baik di masa akan datang.
“Sila berikan sokongan dan ucapan tahniah kepada Minhwan,” jelasnya
FT ISLAND dianggotai oleh Lee Hong Ki, 27, Choi Jong Hun, 27, Lee Jae Jin, 26, dan Song Seung Hyun, 25.
Choi Min Hwan telah bersama dengan kumpulan tersebut lebih daripada 10 tahun dan hubungannya dengan anggota kumpulan itu sangat akrab seperti adik-beradik.
Minhwan mengumumkan berita pertunangannya menerusi Instagram miliknya semalam.
Sumber: Soompi
Must-Watch Video