Sekilas
- Hussain Jamilul mencuri perhatian wargamaya dengan suara merdu dan penampilan segak ketika menyanyikan lagu Nur Kasih secara solo.
- Penampilan Hussain dalam baju Melayu biru lembut lengkap bersamping dan bersongkok mendapat pujian ramai di media sosial.
- Wargamaya turut memuji kelunakan suara Hussain dan mencadangkan dia sesuai menceburi bidang pengacaraan atau menjadi model baju Raya.
Bukan sahaja memiliki suara merdu, penampilan Hussain Jamilul ketika mendendangkan lagu Nur Kasih ketika program Mualim Muda pada Sabtu turut mencuri perhatian wargamaya.
Menerusi perkongsian seorang pengguna di Threads, individu tersebut meluahkan rasa kagum terhadap kemampuan Hussain menyampaikan lagu berkumpulan secara solo.
Malah, penampilan segak Hussain mengenakan persalinan baju Melayu rona biru lembut lengkap bersamping dan bersongkok turut menjadi perhatian.
“Siapa eh dia ni? Lagu group tapi dia tapau nyanyi sorang ja. Hebat-hebat.
“Suara sedap, wajah sejuk mata memandang... Boleh jadi model or duta baju Raya jugak ni. Full package.
“Bukan obses or taksub ya,” tulisnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata wargamaya yang meninggalkan reaksi turut memuji kelunakan suara Hussain ketika mendendangkan lagu berkenaan.
Malah, ada yang mengakui pada mulanya menyangka suara yang didengari bukanlah suara sebenar Hussain.
Tidak kurang juga yang berseloroh mahu menjadikan Hussain sebagai calon menantu, selain mencadangkan agar dia turut menceburi bidang pengacaraan.
“Mulanya ingatkan bukan suara dia. Ya Allah, dah banyak kali dengar, eh betul la suara dia. Sedap betul dia bawa lagu nasyid.”
“Smart doh... Bersih je tengok muka dia.”
“Boleh jadi pengacara, sedap suara tadi.”
“Ish, ish, ish... Mujur kita tak ada anak perempuan nak rekomen. Berkenan jadi calon menantu.”
“Ni yang depan jual tak dekat Shopee ke TikTok? Hahaha (bertanya dalam nada bergurau).”
“Sayangnya terlepas tengok Hussain perform tadi,” demikian antara komen wargamaya.


Setakat tangkap layar perkongsian tersebut dirakam, hantaran berkenaan telah meraih lebih 300 tanda suka di Threads.