gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
DRAMA
Episod Akhir Slot MegaDrama ‘Dia Imamku’ Tayangan 2 Episod Berturut-Turut
VIRAL
Gempar Kes Perkahwinan Sejenis, Rupa-Rupanya Pengantin Lelaki Khunsa!
HIBURAN
Wajah Terpampang Di Billboard New York, Marsha Milan Syukur, Impi Bekerjasama Dengan Artis Indonesia - “Gadis Dari Kampung Tamparuli, Tiba-Tiba Wajah Di New York…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
HIBURAN

Goyang Upin & Ipin Cipta Fenomena, Catat 1 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam

gempak
Kamaruddin Razal
04/08/2020
18:31 MYT
Sponsor Banner
Goyang Upin & Ipin Cipta Fenomena, Catat 1 Juta Tontonan Dalam Masa 24 Jam
Video muzik 'Goyang Upin & Ipin' mencipta fenomena tersendiri apabila mencatat lebih 1 juta tontonan pada Selasa, hanya 24 jam selepas dimuat naik ke YouTube, lapor Astro AWANI.
Ketika berita ini ditulis, video itu sudah mencapai lebih 2.2 juta tontonan.
Bukan itu sahaja, kata kunci #goyangupinipin turut menjadi sebutan pengguna laman sosial, malah menjadi cabaran (challenge) yang sedang tular di aplikasi Tik Tok.
Video berdurasi hampir lima minit yang menerima lebih 55,000 likes itu dikatakan video muzik tempatan kedua yang berjaya mencatat tontonan melebihi 1 juta dalam tempoh 24 jam, selepas Sufian Suhaimi melakukannya pada 2018 menerusi lagu Di Matamu.
Fenomena itu mungkin juga didorong nama besar watak kartun animasi itu di negara jiran, Indonesia.
Namun ada segelintir peminat yang mempersoalkan mengapa irama dangdut dipilih, memandangkan Malaysia sendiri mempunyai pelbagai irama tradisi yang boleh diketengahkan.
Bagaimanapun ramai berpendapat ia mungkin strategi pihak penerbit dan produksi dalam memperkukuhkan jenama Upin & Ipin di seberang.
Sumber: Astro AWANI.
Topic Berkaitan
#Upin & Ipin
#Goyang Upin & Ipin
Must-Watch Video