HIBURAN
“Hamil Pun Cantik Sangat, Baju Tak Ketat” - Peminat Terpegun Lihat Juliana Evans Di Majlis Baby Shower
Pelakon Juliana Evans berkongsi momen indah sebelum kelahiran anak pertamanya tidak lama lagi.
Juliana menerusi kemas kini terbaru diakaun Instagramnya telah memuat naik beberapa foto majlis 'baby shower' bersama ahli keluarga dan kenalan rapat yang diadakan semalam.
Bagaimanapun, solekan dan busana cantik yang digayakan oleh Juliana sememangnya menarik perhatian peminat.
Rata-ratanya memuji wajah Juliana yang kelihatan semakin berseri selain pemilihan busana yang longgar bersesuaian dengan ibu hamil.
“Macam ni la cantik… Pakai baju longgar… Sedap mata memandang,” komen @puterymaliki
“Love seeing your pregnancy glow. Enjoy your pregnancy,” tulis @shima.nadzri
“Cantiknya baju... Moga dipermudahkan urusan melahirkan baby,” doa @puanmardhiahazmi
Terdahulu, Juliana telah mendirikan rumah tangga dengan Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017.
Juliana membuat pengumuman berita gembira itu pada 29 Mac lalu selepas usia kandungannya mencecah lima bulan.
Must-Watch Video