Kurang beberapa jam saja lagi pertemuan epik di antara Malaysia dan Indonesia pada perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, akan bermula.
Perlawanan tersebut dijangka dihadiri lebih 80,000 penyokong bola sepak negara.
Pada yang tidak tahu, pertembungan bola sepak antara Harimau Malaya dan skuad Garuda adalah kali ke-97 sejak pertemuan pertama pada 1957
Pertembungan ini boleh diibaratkan sebagai tradisi bagi dua negara jiran ini.
Tidak terhenti di dunia sukan, pertembungan ini nampak gayanya berlarutan ke dunia filem dan seni bela diri.
Anda boleh lihat pertarungan hebat ini menerusi tayangan filem aksi Wira bermula 21 November ini.
Malaysia bakal diwakili oleh Hairul Azreen sebagai Hassan Munas manakala Indonesia diwakili oleh lagenda seni bela diri, Yayan Ruhian sebagai Ifrit. Ibarat buku bertemu ruas!
Pada yang tidak mengenali Yayan, dia merupakan pelakon yang pernah membintangi filem antarabangsa termasuklah Star Wars : The Force Awakens, The Raid, The Raid 2, Yakuza Apocalypse, dan terbaru adalah John Wick Chapther 3.
Malah, kesemua koreografi pertarungan dalam Wira dihasilkan oleh Yayan Ruhian sendiri.
BACA: Patutlah Babak Fighting Level Antarabangsa, Pelakon Filem Wira Rupanya Dilatih Oleh...
Untuk rekod, Wira berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka.
Filem yang menaruhkan aksi mempertahankan diri ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Hilal Azman, Henley Hii dan Josiah Hogan.
Istimewanya filem ini, ia turut menampilkan pelakon Indonesia Yayan Ruhian dan Ismi Melinda, manakala pengarah popular, Dain Said juga tampil melakonkan watak antagonis bagi filem ini.
Wira diterbitkan hasil kerjasama Multimedia Entertainment, ACT 2 Pictures, Golden Screen Cinemas, Astro Shaw dan Primeworks Studios.
Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 21 November ini.